• Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya


    Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Anda sukakan kelainan? Apa kata anda singgah dekat Cheers Cheese dan rasai sendiri menu Cheese dalam minuman anda. Hari ini (23 Disember 2017) Momi sempat singgah dekat IOI City Mall Putrajaya untuk rasa sendiri minuman dari Cheers Cheese.


    Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

    Untuk pengetahuan anda, cawangan pertama Cheers Cheese dibuka dekat Damansara Utama, Petaling Jaya dan kini ia membuka cawangannya yang kedua di IOI City Mall Putrajaya. Sempena pembukaan cawangan baharu, Cheers Cheese belanja 100 cawan percuma untuk pengunjung yang terawal.

    Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

    Cheers Cheese memberi pilihan kepada 100 pelanggan terawal untuk memilih tiga jenis seleksi minuman pilihan iaitu Cheese Milk Tea, Cheese Jasmine Green Tea dan Cheese 4 Season Tea. Ini diantara minuman yang berkombinasikan krim keju yang dibuat secara 'handcrafted' . Momi berkesempatan untuk merasai minuman Cheese Milk Tea dan Cheese 4 Season Tea. Rasa kombinasi krim keju dan Milk Tea memang sedap!

    Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

    Selain dari seleksi minuman krim berkeju, Cheers Cheese turut menawarkan minuman signature seperti Signatured Fruit tea, Cheese Avacado dan juga Cheese Mango. Menariknya selepas memesan minuman anda akan diberi butang bulat sementara menunggu minuman anda siap. Apabila sudah siap, ia akan berbunyi dan bergetar menandakan minuman anda sudah sedia untuk diambil.

    Untuk pengetahuan anda, Cheers Cheese masih dalam proses untuk mendapatkan sijil sah halal oleh JAKIM. Jadi anda tidak perlu risau kerana bahan yang digunakan adalah selamat, segar, dan tidak menggunakan bahan tiruan. 

    Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

    Jangan lupa singgah Cheers Cheese di IOI City Mall Putrajaya dan rasa sendiri Cheese Milk Tea sebab Momi suka! hehe. Untuk maklumat lanjut mengenai Cheers Cheese, sila layari laman rasmi Cheers Cheese


  • You might also like

    18 comments:

    1. Best jugak nampaknya cheers chees ni, jarang pergi IOI sebab tinggal kat Seremban

      ReplyDelete
    2. Penggemar cheese boleh la terjah. Apa la rasa air cheese ni eh?. Sure lemak berkrim....

      ReplyDelete
    3. Mcm mna agaknya rasa dia. Cheese dlm minuman. Xleh nk bayang ๐Ÿ˜ฃ boleh lh terjah nanti memandangkan selalu jugak dtg ioi city mall

      ReplyDelete
    4. Makin banyak dah dia buka outlet. Nampak nau sambutan menggalakkan..
      Kalau ade kat sini, memang nak try jugak air ni.

      ReplyDelete
    5. uih mcm mana rasa air cheese pulak ye. semalam baru jalan2 ioi city mall. kat belah mana tu xnmpk pulak AR

      ReplyDelete
    6. adoi.. nampak macam sedap je tu.. yang momi pegang tu nampak sedapp.. adoi.. tetiba plak teringin dah ni.. mesti cari ni.. haha

      ReplyDelete
    7. sis! kalau pergi lagi lain kali ajaklah kita please! sedapnya nampakkk. terliur kita dibuatnya.

      ReplyDelete
    8. Tak boleh bayangkan rasa air letak cheese momiii. Kene cuba jugak one day ni

      ReplyDelete
    9. aku kalau makan cheese cake pun dah terasa muak, paatah lagi dalam air ada cheese..haha..peminat cheese tegar ni mesti suka kan..

      ReplyDelete
    10. Sedap pula rasanya krim keju bergabung dengan teh. Mesti rasa dia lemak2 krim kan. Nak cuba juga lah. Tak leh tahan tgk gambar2 ni.

      ReplyDelete
    11. Mcm popular sgt cheers cheese ni. Cheese overload sgt nampaknya haha

      ReplyDelete
    12. Wow.. apa rasa agaknya yek? Nak rasa, tapi macam tak lalu ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      ReplyDelete
    13. Is this something like tealive? Cheese in a drinks ๐Ÿค” I wonder how it taste...

      ReplyDelete
    14. Sedapnya minuman dengan handcrafted keju. Weekend ni nak cuba!!

      ReplyDelete
    15. keju dan teh, macam sedap je gabungan ni. dah la suka keju. kena cuba jugak ni

      www.maisarahsidi.com

      ReplyDelete
    16. I never thought cheese can be made as a drink. I must try this!

      ReplyDelete
    17. Rafzan jom singgah sekali lagi, mengidam pula nak rasa yang strawberry tu hehe

      ReplyDelete
    18. Selalu dlm makanan ada cheese dalam minuman tak pernah rasa bolehlah cuba nanti.

      ReplyDelete