Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid' Untuk Anda Miliki

by - 11/07/2017 12:48:00 pm

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Neffos X1 Max - Peranti Yang Memenuhi Keperluan Harian Anda | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Jika sebelum ini Momi ada review peranti "Neffos X1 Lite", kali ini Momi nak review pula peranti paling terbaharu dari TP-Link iaitu "Neffos X1 Max".  TP-Link tidak asing lagi bagi penggemar peranti mudah alih. Momi berpeluang untuk menggunakan Neffos X1 Max dan rasai sendiri pengalaman menggunakannya. Best ke tak?

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Skrin Full HD Neffos X1 Max
Momi suka dengan kelebarannya sebesar 5.5 inci IPS. Ia mampu memberi kepuasan kepada anda yang melihatnya buat kali pertana. Paparan skrinnya pula full HD dan lebih tajam dengan 1080p dan 403ppi, dengan contrast dan sudut angle yang sangat baik. Ia membuatkan Neffos X1 Max ini sangat berbaloi untuk anda miliki. Bahagian colour balance pula, Neffos X1 Max adalah neutral tetapi anda boleh ubah temperature color mengikut kesesuaian dan keselesaan pandangan mata anda.

Skrin Neffos X1 Max juga menyokong 'touch gestures', dimana anda hanya perlu double-tap pada skrin untuk membuatkan peranti terbuka sekiranya skrin menjadi gelap. Bagi yang memakai sarung tangan, jangan risau Neffos X1 Max mampu mengesan cap jari anda pada tempat yang sama.

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Hardware Neffos X1 Max
Neffos X1 Max mempunyai struktur badan logam yang nipis dann mempunyai ketebalan dalam sekitar 7mm dan lebar 5.5 inci. Bucunya pula melengkung seperti peranti masa kini, kiranya up-to-date lah designnya. Pada panel belakang mempunyai keupayaan yang lancar, matte finish, dan kamera utama. Menariknya kamera diletakkan ditengah-tengah peranti bersama dwi-LED. Pengimbas cap jarinya pula berada dibawah kamera dan LED. Rasanya lebih mudah untuk 'Unlock' dan bertindak balas selama 0.2 saat. Ia mampu mengesan dalam 5 cap jari dalam sebuah peranti. Cool kan?

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Momi ada perasan pada sebelah kiri Neffos X1 Max ada satu butang iaitu butang 'silent' (senyap).  Rasanya butang ini lebih menarik jika butang silent ini diletakkan kat tengah-tengah peranti, bawah daripada tempat hybrid SIM dan slot memori kad, untuk tampak lebih smart. Lebih menarik lagi jika ia boleh bekerjasama dengan Google’s Fantastic “Do Not Disturb” dimana memudahkan lagi untuk  tutup bunyi telefon.

Bercerita bab kamera hadapannya, ia bersaiz 5MP (Mega pixels) yang terletak pada bahagian atas skrin. Di bawah skin ada capacitive button navigation seperti butang home, butang back dan recent-apps. Bahagian bawahnya pula ada ruang untuk microUSB / charger. Selain itu, Neffos juga menawarkan dua (2) tahun waranti ke atas Neffos X1 Max, apa-apa berlaku boleh pakai waranti tersebut.

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda


Skrin hadapannya pula dilindungi oleh 2.5D Corning Gorilla Glass yang melindungi setiap sudut Neffos X1 Max. Gorning Gorilla Glass ini berfungsi melindungi skrin daripada terhentak, bercalar atau rosak. Selain itu, ia juga direka khas untuk mengelakkan dari melekatnya fingerprint bila kita sentuh skrin smartphone ini dan menampakkan skrin tidak comot. Selain itu, glass protector ini anti silau tau, dimana ia mengurangkan pantulan dan membolehkan anda lebih fokus pada skrin tanpa sebarang gangguan.


Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Kamera Neffox X1 Max
Bagi melengkapkan spec dan prestasinya, adalah penting untuk meletakkan aspek moden dalam pakej setiap peranti. Kamera utamanya sebesar 13MP f/2.0 lens. Kamera ini mampu memberikan gambar yang berkualiti tinggi, warna gambar yang cantik dan shutter yang cepat.  Lagi mudah kalau ambil gambar makanan, gambar potrait atau gambar statik. Peranti ini memiliki kamera belakang yang 'fine rear' dan berfungsi dengan baik. Momi rasa memang sesuai dengan Momi yang suka tangkap gambar ni. Jom tengok gambar menggunakan kamera utama :

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Kamera hadapannya pula sebesar 5MP (Mega pixels). Yang suka nampak flawless dalam gambar tu, anda boleh setkan kepada 'beauty mode' dan pasti akan jatuh cinta dengannya hehe. Walaupun Neffos X1 Max ini bukan direka khas telefon untuk selfie tetapi ada setting Beauty mode dimana menampakkan kulit muka lebih flawless gittew. Selain itu, anda boleh memilih filter menarik untuk bergambar dan tidak lupa, slow-motion dan time-lapse. Jom tengok gambar menggunakan kamera hadapannya :

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Performance Neffos X1 Max
Neffos X1 Max menggunakan processor octa-core MediaTek Helio P10, dimana ia berfungsi sehingga 2GHz dan mengandungi RAM 4GB yang membantu mengekalkan peranti ini berfungsi dengan lancar bersama Built-in memory sebanyak 64GB yang mampu menampung kadar storan yang banyak. Jika anda perlukan storan lebih besar, peranti ini menyokong sehingga 128 GB memori. Agak bagus juga.

Neffos X1 Max juga sesuai untuk mereka yang suka online Facebook sambil main game misalnya, jangan risau sebab dengan RAM 4GB, pasti akan lebih lancar. Selain itu, Neffos X1 Max mampu connect dengan rangkaian 4G LTE.

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Bateri Neffos X1 Max
Bateri yang berada dalam Neffos X1 Max ialah sebesar 3,000mAh, lebih baik berbanding X1 yang hanya mampu membawa sebesar 2,250mAh. Pastinya bateri yang digunakan tidak boleh dicabut keluar. Selain itu ia juga mengecas dengan pantas, dalam masa 30 minit mampu mengecas sebanyak 50%. Dengan menggunakan peranti ini, Momi menggunakannya dengan baik dan membantu untuk buat kerja harian seperti update social media dengan cepat.

Dengan harga yang berpatutan bersama spesifikasi yang tinggi, pastinya sangat berbaloi dengan Neffos X1 Max. Rasa macam jatuh cinta pula dengan peranti ni. Bukan itu sahaja, ia memudahkan lagi Momi nak buat kerja. Neffos baru sahaja bermula dengan mengeluarkan Neffos X1 Max. Semoga peranti ini menjadi pilihan ramai. Terima kasih kepada TP-Link, Neffos beri Momi peluang untuk rasai pengalaman menggunakan Neffos X1 Max.

Untuk maklumat lanjut mengenai Neffos X1 Max, anda boleh lihat DISINI.

You May Also Like

19 comments

  1. Cantikla gambar dia. Setanding macan handphone yang mahal.

    ReplyDelete
  2. Bestnya moms. Paling best blh lock fon guna thumbprint. Nak tukar simkad pun skrang tak payah bukak cover set blakang. Cucuk guna provided pin kat tepi dah boleh bukak slot sim kad. Senang!

    ReplyDelete
  3. Cantik plak gambar dia. Macam tertarik plak diri Rawlins nak try Neffos nie kan. Untung Momi boleh review peranti ini.

    ReplyDelete
  4. Mula2 bila tgk mcm x best je funct camera dia..bila dpt on hand, camwra dia not bad tau...awesome for that price..

    ReplyDelete
  5. battery dia 3000 mah??? kamera cantik? memang dah lama geram tengok neffos ni sebab ada baca yang battery dia tahan sehari, tu yang kita perlukan sebenarnya hehe

    ReplyDelete
  6. Camera pun awesome. Setanding dengan camera" phone mahal jenama lain

    ReplyDelete
  7. Not bad design neffos ni.. camera pu besar MP. Selalunya kalau cari handphone dua benda ni penting.

    ReplyDelete
  8. Entri yang penuh berinformasi tentang neffos

    ReplyDelete
  9. Memang dah rasa nak sambar sebijik untuk jadikan 2nd phone..😚😚😚😚

    ReplyDelete
  10. Neffos ni mmg not bad...hrga pun considered as mampu milik..dgn camera pun cantik

    ReplyDelete
  11. laawaaa jugak hasil kamera neffos! dan yes, bateri tahan lama yang kita mahu. bestnya kalau dapat satu :D

    ReplyDelete
  12. Wow Neffos boleh berdiri tegak hehehe tapi kita suka juga telpon ni cantik dan gambar menarik..

    ReplyDelete
  13. Bestnya momi ada hp baru. Gambar guna phone ni not bad. Lawa lah. Memang berbaloi ni kalau beli

    ReplyDelete
  14. menarik jugak neffos ni. Seronok sekarang dah berjaya pilihan untuk beli smart phone dengan harga mampu milik kita masih dapat ciri-ciri yang kita suka.

    ReplyDelete
  15. Tertarik plak tengok neffos ni..murah n spec pon boleh tahan kan..sangat berbaloi..

    ReplyDelete
  16. cantiknya semua gambar yang Momi ambil.. Kena belajar dari momi nie...

    ReplyDelete
  17. the phone looks not bad. can consider to buy

    ReplyDelete
  18. Cantik. Heheheh. Akak suka phone bentuk macam tu. Solid.

    ReplyDelete
  19. Best okay hp ni. Yaya suka design Neffos ni lepas tu nipis je senang nak selit2 hehe

    ReplyDelete