Tombiruo : Penunggu Rimba - Movie Review

by - 10/18/2017 11:05:00 pm


Tombiruo : Penunggu Rimba - Movie Review

Tombiruo : Penunggu Rimba - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kembali setelah dua bulan tak muncul. Entri kali ini ingin mengulas mengenai filem aksi dan drama iaitu filem 'Tombiruo : Penunggu Rimba'. Filem ini merupakan kisah adaptasi dari siri novel dengan nama yang sama, oleh Ramlee Awang Murshid. Filem ini telah mula ditayangkan sejak 12 Oktober 2017 dan telah mendapat komen positif di kalangan penonton.  (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Tombiruo : Penunggu Rimba
Filem Tombiruo : Penunggu Rimba yang berdurasi selama 1 Jam 55 Minit ini mengisahkan tentang Tombiruo yang merupakan lagenda dan mitos ini adalah seorang pemuda yang jiwanya memberontak, lelaki yang tidak berwajah manusia dan seorang yang dibebani kesaktian yang tidak dapat dikawalnya sehingga dia sentiasa memakai topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. Apabila bapanya terbunuh dalam satu insiden ketika sebuah projek empangan bakal dibangunkan, Tombiruo bersumpah mahu membalas dendam terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian bapanya. - sumber : cinema.com.my (Trailer Tombiruo : Penunggu Rimba 2017)

Filem yang mengutip RM 2 Juta dalam masa empat (4) hari tayangan ini merupakan arahan Seth Larney. Membariskan tiga pelakon utama yang hebat seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda dan dijayakan lagi dengan pelakon seperti Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Datuk M Nasir dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D sahaja.  | Tombiruo : Penunggu Rimba - Movie Review

Tombiruo : Penunggu Rimba - Movie Review

Review Tombiruo : Penunggu Rimba
Tengok trailernya seperti memberi harapan filem ini best dan satu lagi sebab ia keluaran Astro Shaw , dimana menjanjikan grafik yang terbaik. Jalan cerita yang menarik walaupun sedikit lambat untuk perkembangan watak dan permulaan cerita. Momi suka bila ada plot twist ditengah-tengah, apa yang Momi fikir jadi sebaliknya dimana ia lebih menarik.

Pemilihan Zul Ariffin, Nabila Huda dan Farid Kamil sebagai peneraju utama sangat sesuai. Pemilihan Zul Ariffin sebagai Tombiruo memang tepat dengan susuk badannya yang sasa dan tinggi tapi sedikit kecewa sebab tak sempat tengok wajahnya haha. Watak 'Wan Suraya' lakonan Nabila Huda juga turut menjadi perhatian penonton. I was like "you go girl! gali lagi gali!" hahaa.

Bercerita mengenai grafik dan CGI, memang puas hati dah. Ada beberapa adengan filem ini seperti menonton filem negara barat. Begitu juga dengan senimatografinya, memang awesomee ! Tahniah team Tombiruo : Penunggu Rimba. | Tombiruo : Penunggu Rimba - Movie Review

Keseluruhannya, sebuah filem yang baik dan hasil yang membanggakan dari filem negara kita. Kiranya Terbaik untuk filem negara kita dan Momi boleh katakan filem yang Wajib anda tonton untuk tahun 2017. Mungkin filem ini ada sekuel dimana penghujungnya ada adengan sekeping surat diterbangkan. Sama sama kita nantikan.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG
Poster Tombiruo : Penunggu Rimba 2017 Download | Tombiruo : Penunggu Rimba 2017 Subtitle | Sinopsis Tombiruo : Penunggu Rimba 2017 Synopsis | Poster Tombiruo : Penunggu Rimba 2017 Review | Tombiruo : Penunggu Rimba 2017 Malay Subtitle | Tombiruo : Penunggu Rimba 2017 Torrent | Review filem Tombiruo : Penunggu Rimba 2017 | Barisan pelakon Tombiruo : Penunggu Rimba 2017 |  Review filem Tombiruo : Penunggu Rimba2017 Bahasa Melayu | Review Tombiruo : Penunggu Rimba Malay 

You May Also Like

17 comments

  1. Best cerita ni.. Pelakon semua pun hebat-hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye memang best. berbaloi tau tengok dekat wayang :D

      Delete
  2. kita suka graphic dia, nampak matang. jalan cerita mungkin boleh olah lg kot

    ReplyDelete
  3. pelakon hebat hebat semua. sha ada baca kat twitter yang best filem ni, tapi sha takminat sangat cerita macam ni hehe

    ReplyDelete
  4. Ramai yang kata cerita ni best...tambah-tambah tengah trend zul arifin sekarang ni. Boleh gi tengok ni

    ReplyDelete
  5. Ramai cakap, filem ini menarik... kutipan pun tidak mengecewakan pada minggu pertama ianya ditayangkan ;)

    ReplyDelete
  6. Wah mcm best je jln cerita ni..hurm agak2 review ni blh buatkan org yg dah x percaya cerita melayu nak tgk movie ni x? Hurmm yeayy saya rasa excited plak nak tgk..momi berjaya

    ReplyDelete
  7. Ramai jugak peminat cerita ni tombiruo dari novel. Tak ikut novel teringin jugak nk tengok.

    ReplyDelete
  8. Ramai cakap cerita ni best tapi baby takleh masuk panggung huhuhu tunggu dia keluar kat Astro Best la gini

    ReplyDelete
  9. Wow dah kutip 2 juta masa awal tayangan! Momi bg rate tinggi mesti best cite ni. Nak pergi tengoklah!!

    ReplyDelete
  10. viral sungguh cerita ni semenjak dua menjak ni.. nanti nak try tengoklah cinema.. hehe

    ReplyDelete
  11. Cerita ni femes juga. Tapi bila tonton, akak lagi suka penulisan dan cara penyampaian Ramli Awang Murshid punya novel. Lain-lain feeling gitew. Hehe

    ReplyDelete
  12. Penulis hebat ni...tapi akk.penakut sket tgk citer camni. Keluar iklan , lelaju tkr channel huhu

    ReplyDelete
  13. Tak sabar nak tengok cita ni kat wayang. Dah ramai bg feedback positif ni

    ReplyDelete
  14. Tak sempat lagi u oll nak tengok movie ni kata hebat sangat taraf antarabangsa tapi saya yakin filem Malaysia dah jauh hebat.

    ReplyDelete
  15. BFM that day reviewed says this is a very good Malaysian movie. a must watch!

    ReplyDelete