MOMI Ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017)!

10:41:00 Rafzan Tomomi 14 Comments


MOMI KE HPPNK 2017! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Siapa yang pergi ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017)? Entri ini Momi nak kongsi bersama anda pengalaman sepanjang berada di HPPNK 2017 yang bertempat di Maeps, Serdang bermula 28 September sehingga 1 Oktober 2017. Apa yang menariknya di HPPNK 2017

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017
Breakfast di Nafas Cube

Bertemakan "Makanan Kita, Masa Depan Kita", HPPNK 2017 kali ini bermula dari Laman Tiba, Dewan A, B, C & D serta ruang Boulevard. HPPNK 2017 ini ada lebih dari 600 gerai dengan keluasan 80,000 meter persegi. Dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Kepada anda yang nak datang dengan kenderaan sendiri jangan risau ada lebih daripada 5,000 parking tersedia dekat MAEPS Serdang. Jika anda datang menaiki public transport pula ada disediakan Shuttle Bas dari KTM Serdang dan juga dari Putrajaya Sentral setiap 30 minit. Untuk lebih mudah, anda naik Grab sebab ada promosi dengan menggunakan sahaja kod MFF17

Petting Zoo - Laman Tiba
Selepas sarapan pagi, kami ke kawasan Petting Zoo di Laman Tiba. Apa yang menarik di sini, anda boleh melihat banyak haiwan ternakan. Memang sesuai untuk ibu bapa bawa anak-anak ke sini. Selain itu, pameran ternakan dan haiwan hidup seperti lembu sado, kambing, bebiri, ayam hiasan dan arnab. Lepas tu ada juga Ayam Ketawa dan pelbagai jenis ayam. Memang teruja tengoknya hehe. 

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017


Jualan Anak Pokok - Laman Tiba
Kepada anda yang suka menanam, anda boleh dapatkan benih dan anak pokok buah-buahan serta bunga . Katanya ada 1001 jenis anak pokok boleh terdapat di sini. Selain itu, terdapat juga hasil petani tempatan kita di 50 gerai menjual buah-buahan, sayuran dan bungaan segar. 

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Kendurian - RM119
Dengarnya ada Kendurian tau. Bila pergi HPPNK 2017 ni, memang ada kendurian! Serius memang teruja. Momi dan rakan Blogger lain berpeluang merasai buah honeydew, cempedak goreng, kerepek. dan semestinya raja buah, Durian D-24. Dekat Kendurian ini, terdapat pelbagai jenis dan rupa durian yang dipamer dan dijual semasa KenDurian. Harga durian bermula RM119.

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Dewan A - Hall A
Seterusnya kami ke Dewan A, dekat sini ada jualan dan pameran produk asas tani dan makanan laut. Dekat sini memang ramai orang singgah sebab ada pavilion untuk setiap negeri yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan penternakan. Tidak lupa, banyak juga tester yang diberi kepada para pengunjung hehe. Selain dari makanan, anda juga dapat belajar dan mengetahui bagaimana penghasilan dari peladang, penternak dan nelayan.

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Dekat booth MySeafood, diadakan demo masakan oleh chef-chef terkenal. Masa Momi pergi, ada demo masakan resipi 'Kuro Prawn'. Ia Dihidangkan dengan enak bersama sos pilihan. Chef Zam, Chef Ismail, Chef Fazley, Chef cilik Danish Harraz, Chef Ezani dan Chef Naem antara chef yang akan buat demo masakan disini. Beruntunglah pengunjung dapat merasai air tangan mereka yang hebat ini.

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017


Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Suka dengan bunga orked? Haa. dekat sini juga ada pameran pokok bunga orked yang sememangnya cantik dan berwarna warni. Rasa nak bawak balik satu hehe. 

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Kami sangat bertuah apabila bertemu Blogger - Hazman Fadzil, yang merupakan pemilik Jus Bob Nanas. Kami berpeluang untuk merasa sendiri Jus Bob Nanas yang sejuk dan sedap itu. Rasa nak beli lagi air Jus Nanas ni. Kalau anda datang, sila datang ke booth ini ya hehe.

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Di booth NAFAS pula, kami diberitahu mengenai jagung yang dikeringkan untuk di jadikan makanan haiwan ternakan seperti ayam. Selain itu juga terdapat beberapa produk yang turut dijual NAFAS ini seperti Biji Benih dan banyak lagi.

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Kami juga sempat singgah dekat booth MARDI, kami diberi rasa madu kelulut yang diletak dalam minuman air teh bunga. Dah lama tak rasa madu kelulut. Rasanya sedap juga hehe. (Tiada gambar sebab bila dapat terus minum. lupa nak tangkap gambar hehe). Dekat booth MARDI juga turut dijual beberapa produk.

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Di booth Jabatan Perikanan Malaysia , anda berpeluang untuk merasai Sate Tuna yang sememangnya sedap dan padat isinya. Selain itu terdapat juga Serunding Tuna dan Ketam. Kalau nak beli roti yang ada serunding Tuna dan Ketam, juga turut dijual. Boleh makan terus hehe.

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017
Serunding Tuna

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017
Sate Tuna, sedap weh !

Dekat sini juga ada Agro Bazaar yang menjual beberapa produk tempatan seperti keropok, kerepek, buah-buahan serta kek. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Antara buah-buahan yang dijual di Agro Bazaar. Tahukah anda bahawa Agro Bazaar kini boleh dibuat pembelian melalui online? Caranya sangat mudah dengan hanya buka laman web Agro Bazaar dan anda boleh buat pembelian hanya dengan cara atas talian. Untuk pembelian secara online, sila layari www.agrobazaar.com.my.

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017
Kek Dari Agro Bazaar. Dijamu kepada para pengunjung!

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017
Antara produk yang dijual di Agro Bazaar

Dewan C (Hall C)
Dekat Dewan C HPPNK 2017 pula, lebih kepada booth berkaitan teknologi dan peralatan ternakan di ekspo Livestock Malaysia. Kami sempat masuk dan mencuba beberapa makanan seperti Sup Burung Walit dan Premium Beef Burger. Memang terbaik!

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017
Chekoley Premium Beef Burger

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017
Meatballs & Hot dogs !

Food Empire (Empayar Makanan) - Dewan D 
Sempena Malaysia Food Festival di HPPNK 2017, Dekat Food Empire ni sememangnya yang paling 'favourite'! Dekat sini anda akan jumpa 401 menu makanan dari beberapa negeri di Malaysia seperti Perlis, Perak dan sebagainya. Konsepnya seperti food truck dan juga gerai dan dibahagikan kepada 4 kategori seperti #NostalgicFood, #HipsterFood, #ViraliciousFood dan #FoodGasm. Antara hidangan yang disediakan ialah 'Udang Sanggul Perlis', 'Keropok Lekor', 'Churros', 'Kelapa Leleh Kampor Original', 'Jus Pegaga' dan banyak lagi. Harga juga sangat berpatutan. 

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017
Udang Sanggul Perlis

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017
Churros

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017
Jus Pegaga

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017
Kelapa Lelehhh Kampor Original

Momi Ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2017

Haaa.. begitulah kisahnya Momi ke HPPNK 2017. Memang meriah dan penuh dengan makanan yang sedap-sedap tau. Jika anda berkesempatan, apa kata anda singgah ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan Tahun 2017 & Malaysia Food Festival yang berlangsung selama empat hari bermula dari 28 September 2017 hingga 1 Oktober 2017 bertempat di Tapak MAEPS Serdang. | MOMI KE HPPNK 2017!

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai HPPNK 2017 , sila layari media sosial dibawah: 

Facebook Rasmi HPPNK2017

Instagram Rasmi HPPNK2017

Twitter Rasmi HPPNK2017

14 comments:

  1. Jeles tauuu...akak x berekesempatan nak pergi...

    ReplyDelete
  2. oh my, always with the amazing food reviews! good job as always

    ReplyDelete
  3. Mak kalau pi sini memang makan je memanjang. Macam2 ada kan?

    #TheRealBloggerMak

    ReplyDelete
  4. semuanya sedap.Durian tu ada bayaran ke momi? ehehehe..

    ReplyDelete
  5. Wow. Bestnya..macam2 ada, kalau bawa anak2 ni mesti best.

    ReplyDelete
  6. best terjah hppnk ni , macam2 makanan ada , tapi bukan makanan je yg ada macam2 haa . CCL hari tue sempat terjah hppnk di negeri utara semenanjung perlis . ada jugak bertemu dengan geng2 denaihati network , tapi CCL tengok hppnk kat serdang macam lagi gempak

    ReplyDelete
  7. Makanan tu yang bikin craving nak pergi sana

    ReplyDelete
  8. Aduhh geram nengok gambar, parking sensng tak?, ooo hazman pun ada ye, lama sangat tak jumpa

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  9. Momi confirm lah akan pergi tempat2 macam ni. Food banyak heaven gila kut. Adeh.. Sedap betul makanan tu

    ReplyDelete
  10. meriah dengan makanan.... sedap je semuanya

    ReplyDelete
  11. amboi momi.. kalau bergambar dengan makanan, lain seri muka dia hahahaha

    ReplyDelete
  12. Seronok kan hari tu. Yang paling best adalah Empayar Makanan hahaha

    ReplyDelete
  13. seronok dapat p tempat macam ni. macam2 boleh beli kan

    ReplyDelete
  14. hah..macam-macam ada kat sini...momi..durian tu..aduiii...sedapnya...

    ReplyDelete