Wish Upon - Movie Review

Wish Upon - Movie Review

Wish Upon - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini ingin mengulas mengenai filem Fantasi, Seram dan Ngeri iaitu filem 'Wish Upon'. Filem ini telah mula ditayangkan sejak 13 Julai 2017 dan telah mendapat pandangan bercampur (positif dan negetif) di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

SENARAI MOVIE REVIEW

Wish Upon - Movie Review
Wish Upon - Movie Review
photo credit to comingsoon.net

Sinopsis Wish Upon
Filem Wish Upon yang berdurasi selama 2 Jam 17 Minit ini mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah tinggi, Claire Shannon, tidak mempunyai kehidupan yang senang; ibunya telah membunuh diri 12 tahun lalu, bapanya seorang pengutip barangan buangan dan dia sering dibuli di sekolah. Satu hari, bapanya telah membawa balik sebuah kotak muzik misteri. Apabila Claire mendapati ia adalah kotak magik yang boleh menunaikan impiannya, dia mula menggunakannya untuk mencapai kehidupan sempurna seperti yang diinginkan. Sebagaimana permintaannya membawa kegembiraan dan kejayaan, orang di sekelilingnya mula mati dalam keadaan ngeri setiap kali dia membuat permintaan. - sumber : cinema.com.my (Trailer Wish Upon 2017)

Wish Upon - Movie Review
photo credit to comingsoon.net

Filem yang menelan belanja hampir $12 juta ini merupakan arahan Stacy Keach dan  ia membariskan pelakon seperti Joey King, Ryan Phillippe, Ki Hong Lee, Mitchell Slaggert dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D sahaja. Setakat ini (2 Ogos 2017), Filem Wish Upon telah mengutip sebanyak $19.2 juta. | Wish Upon - Movie Review

Wish Upon - Movie Review
Wish Upon Poster
photo credit to comingsoon.net

Review Wish Upon
Masa tengok trailer filem ni terus rasa nak pergi tengok, siap ajak Mawardi tengok sekali masa ni haha. Dalam keadaan teruja nak menonton, sudah semestinya seorang Momi nervous bila tengok filem seram macam ni, jantung berdegup laju. Terus terang filem ini adalah filem misteri dan lebih kepada ngeri sebenarnya.

Wish Upon - Movie Review
Wish Upon - Movie Review
photo credit to comingsoon.net

Perjalanan filem ini pada awalnya agak perlahan sedikit sehinggalah Claire jumpa sebuah kotak 'wish' tu, semuanya jadi semakin teruja hehe. Filem ni sememangnya mendebarkan Momi, sebab ada banyak adengan yang ngeri tapi tak ngeri sangat (sebab tak tunjuk pon), lagi-lagi semasa pertukaran 'wish' ke 'nyawa' tu. Dalam pertengahan cerita, baru teringat filem ni lebih kurang siri filem 'Final Destination', dimana semua perkara berlaku nampak seperti kemalangan, bukan pembunuhan. Masa permintaan terakhir tu memang sangat mendebarkan. | Wish Upon - Movie Review

Keseluruhannya, sebuah filem yang okay sahaja untuk ditonton, sila belum tengok mungkin boleh tunggu muat turun je ler haha. Hati-hati dengan permintaan anda, takut nanti diganti dengan nyawa. ah gitu haha.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG
Poster Wish Upon 2017 Download | Wish Upon 2017 Subtitle | Sinopsis Wish Upon 2017 Synopsis | Poster Wish Upon 2017 Review | Wish Upon 2017 Malay Subtitle | Wish Upon 2017 Torrent | Review filem Wish Upon 2017 | Barisan pelakon Wish Upon 2017 |  Review filem Wish Upon 2017 Bahasa Melayu | Review Wish Upon Malay 

Post a Comment

0 Comments