Valerian and the City of a Thousand Planets - Movie Review

16:48:00 Rafzan Tomomi 0 Comments

Valerian and the City of a Thousand Planets - Movie Review

Valerian and the City of a Thousand Planets - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini Momi ingin mengulas mengenai filem Aksi, Pengembaraan dan Sains Fiksyen iaitu filem 'Valerian and the City of a Thousand Planets'. Filem  ini telah mula ditayangkan sejak 20 Julai 2017 dan telah mendapat pandangan bercampur (positif dan negetif) di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

SENARAI MOVIE REVIEW

Valerian and the City of a Thousand Planets - Movie Review
Valerian and the City of a Thousand Planets - Movie Review
photo credit to comingsoon.net

Sinopsis Valerian and the City of a Thousand Planets
Filem Valerian and the City of a Thousand Planets yang berdurasi selama 2 Jam 17 Minit ini mengisahkan tentang ejen pengembara masa Valerian dan Laureline telah dihantar untuk satu misi ke bandar galaksi Alpha. Beribu jenis spesis dari empat sudut alam semesta hidup di metropolis itu. Sebanyak 17 juta penduduk hidup bersama dan bergabung bakat, teknologi dan sumber untuk kebaikan semua. Bagaimanapun, tidak semua di Alpha berkongsi objektif sama, kerana terdapat kuasa yang akan membuatkan hidup manusia dalam bahaya. Kini ia terletak pada Valerian dan Laureline untuk melindungi spesis manusia. - sumber : cinema.com.my (Trailer Valerian and the City of a Thousand Planets 2017)

Valerian and the City of a Thousand Planets - Movie Review
Valerian and the City of a Thousand Planets - Movie Review
photo credit to comingsoon.net

Filem yang menelan belanja hampir $117-210 juta ini merupakan arahan Luc Besson dan  ia membariskan pelakon seperti Dane DeHaan, Cara Delevingne, Ethan Hawke, Clive Owen, Rihanna, John Goodman, Herbie Hancock, Kris Wu dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS DBOX. Setakat ini (2 Ogos 2017), Filem Valerian and the City of a Thousand Planets telah mengutip sebanyak $52.2 juta. | Valerian and the City of a Thousand Planets - Movie Review

Valerian and the City of a Thousand Planets - Movie Review
Valerian and the City of a Thousand Planets - Movie Review
photo credit to comingsoon.net

Review Valerian and the City of a Thousand Planets
Bukan dalam list Momi nak tengok tapi adik Momi nak sangat tengok, jadi... kita tengok ye lahh~ uii. Kalau tengok poster nampak macam filem 'Star Wars' tetapi selepas menonton lain dari yang lain. Mula-mula rasa macam tak best, mungkin sebab pemikiran masih belum terbuka nak tengok filem ni haha.

Perjalanan filem ini pada awalnya seperti biasa, perlahan sedikit tapi makin lama makin menarik dan teruja betul dengan visual yang ditonjolkan. Untuk elakkan rasa bosan, filem ini ditambah perisa dengan sedikit humor. Menariknya lagi dipenghujung cerita terdapat sedikit plot twist, kiranya apa yang menjadi persoalan dah terjawab. Dua watak utama Valerian (lakonan Dane DeHaan) dan Laureline (lakonan Cara Delevingne) boleh dikatakan okay sahaja, mungkin pertama kali melihat gandingan mereka bersama. | Valerian and the City of a Thousand Planets - Movie Review

Paling penting, kemunculan Rihanna dalam filem ini sangat menarik. Lagi-lagi wataknya sebagai 'Bubble' memang awesome, Bubble ni boleh bertukar menjadi sesiapa dalam sekelip mata, sememangnya antara watak yang menjadi kegemaran Momi. Malangnya, Bubble tak sampai ke penghujung cerita, sepatutnya wataknya boleh dikembangkan lagi. Opps. Spoiler. haha!

Keseluruhannya, sebuah filem yang menarik untuk ditonton disamping gambaran yang sangat cantik dan baik.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3.5 / 5 
BINTANG
Poster Valerian and the City of a Thousand Planets 2017 Download | Valerian and the City of a Thousand Planets 2017 Subtitle | Sinopsis Valerian and the City of a Thousand Planets 2017 Synopsis | Poster Valerian and the City of a Thousand Planets 2017 Review | Valerian and the City of a Thousand Planets 2017 Malay Subtitle | Valerian and the City of a Thousand Planets 2017 Torrent | Review filem Valerian and the City of a Thousand Planets 2017 | Barisan pelakon Valerian and the City of a Thousand Planets 2017 |  Review filem Valerian and the City of a Thousand Planets 2017 Bahasa Melayu | Review Valerian and the City of a Thousand Planets 2017 Malay 

0 comments: