The Dark Tower - Movie Review



The Dark Tower - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini ingin mengulas mengenai filem Fantasi, Seram dan Fiksyen Sains iaitu filem 'The Dark Tower'. Filem ini merupakan kisah kesinambungan dari siri novel dengan nama yang sama. Filem ini telah mula ditayangkan sejak 3 Ogos 2017 dan telah mendapat komen negetif di kalangan penonton.  (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

SENARAI MOVIE REVIEW

Jake Chambers Drawing
Photo credit to comingsoon.net

Sinopsis The Dark Tower
Filem The Dark Tower yang berdurasi selama 1 Jam 35 Minit ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki berusia 11 tahun bernama Jake Chambers mendapat tahu mengenai dimensi lain yang dipanggil Mid-World, dan Jake telah pergi ke dimensi tersebut. Dia kemudian bertemu dengan seorang pahlawan, Roland Deschain, dan menyertainya dalam misi mencari `Dark Tower` yang berada di Hujung Dunia. Deschain berharap dapat sampai ke `Dark Tower` itu supaya dia dapat menghalang dunia yang sedang nazak daripada musnah, tetapi pengembaraan mereka tidak mudah kerana mereka perlu berdepan pelbagai jenis raksasa dan juga seorang ahli sihir bernama Walter Padick.  - sumber : cinema.com.my (Trailer The Dark Tower 2017)

Musuh ketat
Photo credit to comingsoon.net

Filem yang menelan belanja $60 juta ini merupakan arahan Nikolaj Arcel dan  ia membariskan pelakon seperti Idris Elba, Matthew McConaughey, Tom Taylor, Jackie Earle Haley, Katheryn Winnick dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX sahaja. Setakat ini (8 Ogos 2017), Filem Baby Driver telah mengutip sebanyak $27.2 juta. | The Dark Tower - Movie Review

The Dark Tower Poster
Photo credit to comingsoon.net

Review The Dark Tower
Sebenarnya tiada dalam list nak menonton tapi memandangkan tengok trailer dan poster macam menarik, so pergilah tengok jugak hehe. Rasanya filem ini membariskan pelakon yang Momi tak kenal, sebab tu tak rasa nak tengok kot .

Jalan ceritanya yang menarik sebenarnya cuma perjalanan cerita ini boleh dikatakan lambat sedikit, mungkin nak memfokuskan beberapa karakter dan kisahnya. Mungkin Momi expect more on aksi atau lawan-lawan yang banyak tapi Momi terpegun semasa adengan Roland, si penembak handalan tembak menggunakan deria pendengaran dari jarak jauh tanpa melihat. Memang awesome!

Roland & Jake di Dunia sebenar
Photo credit to comingsoon.net

Keseluruhannya, sebuah filem yang okay sahaja. Ramai yang beranggapan filem ini bakal ada sekuel. Harap sekuel lebih mantap dari filem yang pertama ini. Sama-sama kita nantikan ya. :)

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3.5 / 5 
BINTANG
Poster The Dark Tower 2017 Download | The Dark Tower 2017 Subtitle | Sinopsis The Dark Tower Synopsis | Poster The Dark Tower 2017 Review | The Dark Tower 2017 Malay Subtitle | The Dark Tower 2017 Torrent | Review filem The Dark Tower 2017 | Barisan pelakonThe Dark Tower 2017 |  Review filemThe Dark Tower 2017 Bahasa Melayu | Review The Dark Tower  Malay 

Post a Comment

0 Comments