National Churros Eating Championship - Street Churros

National Churros Eating Championship - Street Churros

National Churros Eating Championship - Street Churros | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Anda peminat churros? Tahukah anda bahawa sekarang sedang berlangsungnya National Churros Eating Championship yang dianjurkan oleh Street Churros yang pemenangnya bakal memenangi hadiah utama 'Makan Churros selama Setahun'. Memang menarik !

National Churros Eating Championship - Street Churros
Briefing sebelum pertandingan bermula

Pada 29 Julai yang lalu, Momi berkesempatan untuk hadiri ke pusingan ke-3 National Churros Eating Championship di Street Churros Empire Shopping Gallery, Subang Jaya. Pertandingan ini bermula dalam pukul 3.00 petang dan sangat meriah dengan kehadiran peserta dan para penyokong yang sangat 'havoc'!

National Churros Eating Championship - Street Churros
Churrosss!

Sebanyak 3 kumpulan yang bertanding untuk  National Churros Eating Championship ini iaitu Kumpulan A - Churritos, Kumpulan B - Suplex City dan Kumpulan C - Topokki. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 30 batang Churros iaitu 10 perisa cinnamon , 10 chocolate dan 10 lagi perisa cheese untuk dihabiskan dalam masa 15 minit. Jika 30 batang Churros habis sebelum tamat masa, akan ditambah dan boleh makan sebanyak yang mungkin.

National Churros Eating Championship - Street Churros
Kumpulan Churritos sedang cuba makan sebanyak yang mungkin.

National Churros Eating Championship - Street Churros
Sampai juling mata nak habiskan Churros ya? Kumpulan Suplex City hehe.

National Churros Eating Championship - Street Churros
Kumpulan Topokki tetap cool walaupun dalam pertandingan hehe.

Announcement time! Pemenang bagi pusingan ke-3 National Churros Eating Championship ialah kumpulan B - Suplex City dengan markah sebanyak 18 mata. Mereka membawa pulang RM200 Street Churros Gift Voucher + RM100 Softfree Cash Voucher. Tempat Ke-2 menjadi milik Kumpulan C - Topokki dan ketiga milik Kumpulan A - Churritos.  Bagi kategori "Man of the Match" pula dimenangi oleh anggota kumpulan Suplex City. Tahniah diucapkan. Kumpulan Suplex City bakal bertanding di peringkat akhir yang akan diadakan di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur tidak lama lagi. Terima kasih kepada para penaja rasmi National Churros Eating Championship iaitu Cornery - The Popcorn Gallery dan Softree.

National Churros Eating Championship - Street Churros
Juara Pusingan 3 - Kumpulan Suplex City

National Churros Eating Championship - Street Churros
Pemenang 'Man of the Match'

National Churros Eating Championship - Street Churros
Group Photo Kumpulan Yang Bertanding

Anda ingin sertai National Churros Eating Championship yang dianjurkan oleh Street Churros? Jangan lepaskan peluang ya! Masih ada lagi tiga (3) lokasi cawangan Street Churros yang bakal adakan pertandingan ini iaitu 5 Ogos 2017 (IOI City Mall, Putrajaya), 12 Ogos 2017 (MyTOWN Shopping Centre, Cheras) dan 19 Ogos 2017 (Sky Avenue, Genting Highlands). Jika berminat, sila isi form yang disediakan disini. | National Churros Eating Championship - Street Churros 

National Churros Eating Championship - Street Churros

Masih ada masa lagi untuk anda sertai National Churros Eating Championship ini. Cepat-cepat daftarkan diri bersama dua (2) lagi rakan anda untuk memenuhi syarat Wajib pertandingan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Street Churros dan National Churros Eating Championship, layari:

Instagram : @streetchurrosmy
Ms Izzati: 017-4905098
Ms Choco: 018-6699290


Post a Comment

0 Comments