• 7 Gambar Yang Menjadi Tumpuan Rakan / Followers Anda

    7 Gambar Yang Menjadi Tumpuan Rakan / Followers Anda

    7 Gambar Yang Menjadi Tumpuan Rakan / Followers Anda | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Rasanya dah lama tak update tips merapu, jadi Momi nak senarai 7 Gambar yang bakal menjadi tumpuan rakan-rakan atau Followers anda di Facebook dan Instagram. Rasa salah satu dalam list ni mesti anda akan perasan selepas baca entri ini. Jom !

    01 Gambar Kahwin
    Pastinya gambar perkahwinan menjadi tumpuan rakan-rakan dan followers anda. Jika kebiasaannya anda dapat 10-20 like, bila anda upload gambar sarung cincin dengan kapsyen "Alhamdulillah, saya milik dia" dan sebagainya, confirm like sehingga 200-300 like. Masa ni anda akan jadi famous sekejap. Jadi uploadlah 1,000 keping gambar secara berasingan ya haha.

    02 Gambar Mengandung / Baby Baru Lahir
    Dalam perhatian Momi, gambar yang melibatkan mengandung dan bayi baru lahir memang menjadi tumpuan. Masa ni anda akan lihat mereka yang tak pernah komen atau like posting anda buat sedemikian dengan ucapan "Tahniah", "alaa comelnya", "muka iras-iras bapanya" dan sebagainya. Dengan ini, siap sedialah setahun dua lagi dengan soalan "bila nak ada adiknya tu?" haha.

    03 Gambar Graduasi
    Kebanyakkan dari kita pasti melalui / akan melalui proses graduasi. Jadi upload sahaja gambar anda memegang sijil, baling topi, gambar bersama keluarga dan sebagainya, pasti mendapat perhatian rakan-rakan dan followers. 

    04 Gambar Raya
    Gambar Raya pasti menjadi tumpuan tau sebab pastinya kawan anda nak menjemah, nak tengok apa yang anda pakai semasa hari raya. Kalau anda yang jenis berpasang-pasang baju masa raya, masa ni lah nak tunjuk baju yang vogue da vass tu. 50 like confirm dah dalam tangan. haha.

    05 Gambar Travel
    Yeahu~ gambar Travel sememangnya menjadinya tumpuan rakan-rakan. Anda pasti dah boleh agak dengan komen-komen seperti "untunglah", "tak ajak", "ni dekat mana?" (walaupun caption dah menceritakan segalanya) dan sebagainya. Seeloknya anda sediakan nota kecil untuk soalan-soalan  "PM Itinerary".  Upload sahaja berapa banyak stock gambar yang ada, kalau ada yang tak suka, upload lagi dan lagi ya haha.

    06 Gambar Dengan Artis
    Haa.. bergambarlah bersama artis-artis yang hangat masa kini seperti Fattah Amin, Neelofa, Rosnah Mat Aris dan sebagainya. Kalau boleh caption tu sweet-sweet sikit, yang pasti mendatangkan rasa cemburu pada rakan-rakan / followers anda. 

    07 Dah lama tak upload gambar
    Ye lah, dah lama tak upload gambar kan? Mestilah ramai tertunggu anda untuk upload gambar anda. Anda bukannya artis pon tapi kalau anda cantik / handsome, pastinya dapat tumpuan. Kalau boleh 2 minggu sebelum tu upload gambar tak cantik, lepas tu upload lah gambar yang cantik haha.

    Haa.. begitulah 7 gambar yang bakal mencuri tumpuan rakan/rakan dan Followers anda. Dah bersedia nak jadi famous walaupun seketika? Jangan lupa ikuti tips diatas ni ya. Terima kasih baca entri merapu dari Momi ni. Sebarang cadangan atau tambahan, boleh komen dibawah ya. Selamat mencuba!

  • You might also like

    17 comments:

    1. HAHAHHA dah lama tak selfie! Jom selfie and post pic kat IG lol

      ReplyDelete
    2. Hahaha..nie betul2 tips utk gmbr yg menjadi tumpuan boleh di praktikkan tips last tu

      ReplyDelete
    3. hahaha. tergelak akak pepagi ahad ni baca entri momi. anak dah balik asrama dah, sunyi pulak terasa, bila baca ni, terhibur hati. thank you dik for making an old lady smile :)

      ReplyDelete
    4. haaa,memang setuju dengan yang no.7 tu. Mesti diorang curious nak tengok kita upload gambar baru kat IG

      ReplyDelete
    5. Eh, Bal pun dah lama tak selfie. Mesti Bal yg No.7 tu. hahahahahhaaha😂😂

      ReplyDelete
    6. Hahaha kena cepat2 mengandung ni, kalau dapat anak, 24 jam upload gambar anak je. hehehehe

      ReplyDelete
    7. Ala..xleh nak upload gambar mengandung. eh! haha.

      ReplyDelete
    8. Hahaha setuju. Dahlia lagi banyak likes dari ibu dia ni huhu

      ReplyDelete
    9. Hahaha... betul ni bang! Tapi part travel tu kalau jarang travel je mudah dpt like. kalau banyak sangat travel susah dah. huwaaa

      ReplyDelete
    10. Menarik nih momi. Nak try tips ni ☺

      ReplyDelete
    11. Yes this picture always become attraction. especially post weird type of photo.

      ReplyDelete
    12. haha thanks for the tips. the no. 7 is funny :P

      ReplyDelete
    13. Nanti ika upload gambar jgn lupa like k. Hahhaha. Nice tips

      ReplyDelete
    14. haha betul sangt tu. kelakar la bila baca ni momi.

      ReplyDelete
    15. bese la kan haha... lama xbaca post cmni.. hehe

      ReplyDelete
    16. Ya betul! nak pergi travel more often to upload scenic photos.

      ReplyDelete
    17. Semua dah try. Tapi nak gambar yang menarik dan unik lagi terutama pegi Travel. Tak sabarnya, ada sesiapa kat sini nak Sponsor kita ? ... heheheh

      ReplyDelete