Baby Driver - Movie Review

Baby Driver - Movie Review

Baby Driver - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini ingin mengulas mengenai filem Aksi, Komedi dan Jenayah iaitu filem 'Baby Driver'. Teruja betul nak tengok sebab dua pelakon yang Momi suka berlakon dalam satu filem hehe. Filem ini telah mula ditayangkan sejak 20 Julai 2017 dan telah mendapat pujian di kalangan penonton. Is it true Baby can Drive(Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

SENARAI MOVIE REVIEW

Baby Driver - Movie Review
Geng Perompak
photo credit to comingsoon.net

Sinopsis Baby Driver
Filem Baby Driver yang berdurasi selama 1 Jam 53 Minit ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang mempunyai skil memandu yang bagus, Baby dipaksa untuk bekerja dengan seorang ketua penjenayah. Dia kemudian mendapati dirinya telah terlibat dalam satu rompakan yang mengancam hidup, cinta dan kebebasannya.  - sumber : cinema.com.my (Trailer Baby Driver 2017)

Baby Driver - Movie Review
Marah kenapa tu? Serius sangat
photo credit to comingsoon.net

Filem yang menelan belanja hampir $34 juta ini merupakan arahan Edgar Wright dan  ia membariskan pelakon seperti Ansel Elgort, Lily James, Jamie Foxx, Jon Hamm, Kevin Spacey, Eiza González dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun keatas (18) dan ditayangkan dalam format 2D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX sahaja. Setakat ini (8 Ogos 2017), Filem Baby Driver telah mengutip sebanyak $154.6 juta. | Baby Driver - Movie Review

Baby Driver - Movie Review
Baby Driver Poster
photo credit to comingsoon.net

Review Baby Driver
Jalan cerita yang menarik dan baik. Pasti anda akan tertanya sama ada Baby ni sebenarnya baik atau jahat. Momi rasa Ansel Elgort membawakan watak Baby dengan baik sekali, kiranya memang sesuailah watak tu untuk dia. Filem ini tidak terlalu serius sebenarnya, diselitkan humor dan beberapa adengan yang boleh dikatakan 'comel' lagi-lagi bila Baby menari tak tentu hala haha. | Baby Driver - Movie Review

Filem ini turut selitkan kisah cinta Baby dan Debora (lakonan Lily James), dimana mereka sangat comel digandingkan bersama. Anda akan rasa 'geli-geli' dan bibit percintaan mereka bermua yang sangat 'sweet'. Filem ini juga menceritakan bagaimana Baby boleh terlibat dengan rompakan besar dan apa kisah silam yang melanda dirinya.  Sememangnya filem ini padat dengan aksi.

Baby Driver - Movie Review
Baby & Debora Sweet Moments
photo credit to comingsoon.net

Keseluruhannya, sebuah filem yang menarik untuk ditonton dan lagi best tonton dekat wayang dengan ATMOS atau ATMOS D-Box memang puas hati. Dengarnya mereka sedang merancang untuk buat sekuel filem ni, ada ke tak, sama-sama kita nantikan ya.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG
Poster Baby Driver 2017 Download | Baby Driver 2017 Subtitle | Sinopsis Baby Driver Synopsis | Poster Baby Driver 2017 Review | Baby Driver 2017 Malay Subtitle | Baby Driver 2017 Torrent | Review filem Baby Driver 2017 | Barisan pelakon Baby Driver 2017 |  Review filem Baby Driver 2017 Bahasa Melayu | Review Baby Driver Malay 

Post a Comment

0 Comments