Baywatch - Movie Review

Baywatch - Movie Review

Baywatch - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem Aksi Komedi iaitu filem 'Baywatch'. Filem ini merupakan adapatasi dari drama bersiri dengan judul yang sama. Filem 'Baywatch' ini telah ditayangkan mulai 1 Jun 2017 dan telah mendapat pandangan yang negatif di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

SENARAI MOVIE REVIEW

Baywatch - Movie Review
Baywatch - Movie Review
(photo credit to comingsoon.net)
Sinopsis Baywatch
Filem Baywatch yang berdurasi selama 1 Jam 56 Minit ini mengisahkan seorang anggota keselamatan yang komited dengan kerjanya terpaksa bekerjasama dengan rakan setugas muda yang keras kepala. Mereka perlu bekerjasama untuk melindungi pantai mereka daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. (Trailer Baywatch 2017)

Baywatch - Movie Review
Baywatch - Movie Review
(photo credit to comingsoon.net)

Filem yang bergenrekan aksi dan komedi  ini merupakan arahan Alex Kurtzman dan membariskan pelakon yang hebat seperti Dwayne Johnson, Zac Efron, Alexandra Daddario, Kelly Rohrbach, Ilfenesh Hadera, Jon Bass, Priyanka Chopra, Hannibal Buress dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun keatas (18) dan ditayangkan dalam format 2D sahaja. Setakat ini (10 Julai 2017), Filem Baywatch telah mengutip sebanyak $159.4 juta. | Baywatch - Movie Review

Baywatch - Movie Review
Baywatch 2017 Poster
(photo credit to comingsoon.net)

Review Baywatch
Baywatch? Anda fikir kerja pengawal pantai hanya mengawal pantai? Jaga keselamatan ? Anda silap jika anda menonton Baywatch. Semasa menonton, Momi tak pernah buat apa-apa research pasal filem ni, jadi pakai belasah je lah tengok. Jalan cerita dia okay sahaja, tidak terlalu gempak dan banyak juga adengan yang menjolok mata (haha.).

Filem ini diselamatkan dengan sedikit aksi dan humor yang buat jalan ceritanya tak bosan. Bukan itu sahaja, gandingan watak Mitch (lakonan The Rock) dan Matt (lakonan Zac Efron) menghidupkan lagi filem ini sebenarnya. Oh ya, penampilan Priyanka Chopra sebagai penjahat (Victoria) memang tak dijangka. Sadis betul cara dia dikalahkan hehe. | Baywatch - Movie Review

Keseluruhannya, filem yang biasa dan boleh ditonton bila rasa nak tengok sahaja.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG
Poster Baywatch 2017 Download | Baywatch 2017 Subtitle | Sinopsis Baywatch 2017 Synopsis | Poster Baywatch 2017 Review | Baywatch 2017 Malay Subtitle | Baywatch 2017 Torrent | Review filem Baywatch 2017 | Barisan pelakon Baywatch 2017 |  Review filem Baywatch 2017 Bahasa Melayu | Review Baywatch 2017 Malay |

Post a Comment

2 Comments

Luqman Zakaria said…
Belum tgk lagi jgk..yang nih kena tengok sebab ada priyanka chopra.hehe
Rafzan Tomomi said…
yes. Priyanka Chopra jadi jahat . haha