Guardians Of The Galaxy Vol.2 - Movie Review


Guardians Of The Galaxy Vol.2 - Movie Review
Guardians Of The Galaxy Vol.2 - Movie Review

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem Aksi dan sains fiksyen dalam 'Marvel Cinematic Universe' iaitu filem 'Guardians Of The Galaxy Vol. 2'. Filem ini merupakan filem sekuel dari filem 'Guardians Of The Galaxy' (2014). Filem 'Guardians Of The Galaxy Vol. 2' ini telah ditayangkan mulai 27 April 2017 dan telah mendapat pandangan yang positi dan negatif (bercampur) di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

SENARAI MOVIE REVIEW

Guardians Of The Galaxy Vol.2 - Movie Review
Team - Guardians Of The Galaxy Vol.2 
sumber : comingsoon.net

Sinopsis Guardians Of The Galaxy Vol. 2
Filem Guardians Of The Galaxy Vol. 2 yang berdurasi selama 2 Jam 16 Minit ini mengisahkan tentang Peter Quill a.k.a Star-Lord kembali mengetuai Guardians of the Galaxy dalam satu misi untuk menyelamatkan galaksi yang diancam oleh kuasa jahat Thanos. Pelbagai rintangan yang harus dilalui oleh Guardians of the Galaxy.  Rahsia di sebalik asal-usul bapa Peter juga akan terbongkar.. (Trailer Guardians of the Galaxy Vol. 2017)

Filem yang bergenrekan aksi dan sains fiksyen ini merupakan arahan James Gunn dan membariskan pelakon yang hebat seperti Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Michael Rooker, Karen Gillan dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX. Setakat ini (23 Jun 2017), Filem Guardians Of The Galaxy Vol. 2 telah mengutip sebanyak $846.5 juta.

Guardians Of The Galaxy Vol.2 - Movie Review
Poster - Guardians Of The Galaxy Vol.2 
sumber : comingsoon.net

Review Guardians Of The Galaxy Vol. 2
Bila dah tengok filem pertama, Guardians Of The Galaxy mestilah kena tengok sekuelnya pula. Permulaan cerita filem ni sempoi jugak, anda akan terpukau dengan kecomelan Baby Groot yang menari-nari sambil rakan yang lain berhempas pulas lawan raksasa. Okay, filem ini memang penuh dengan humor walaupun disaat saat getir mahupun serius, pasti akan gelak je memanjang.

Dalam filem Guardians Of The Galaxy ini juga menampilkan beberapa wajah baru yang sememangnya buat ia lebih menarik. Watak 'Mantis' (lakonan Pom Klementieff) memang kelakar habis, lagi-lagi bila dia digandingkan dengan Drax (lakonan Dave Bautista) pecah perut weh hahaha. Watak Baby Groot juga tidak menghampakan, bila dah mengecil makin comel dan kelakar.

Guardians Of The Galaxy Vol.2 - Movie Review
Drax dan Mantis - Guardians Of The Galaxy Vol.2 
sumber : comingsoon.net

Guardians Of The Galaxy Vol.2 - Movie Review
Baby Groot - Guardians Of The Galaxy Vol.2
sumber : comingsoon.net

Jalan cerita untuk filem ke-2 ini juga menarik sebenarnya, bila Peter mencari jawapan siapa sebenarnya ayah kandungnya. Pada bahagian akhir filem ini boleh dikatakan sedih dan sememangnya tak dijangka.

Keseluruhan filem Guardians Of The Galaxy Vol. 2 ini menarik dan penuh dengan gelak tawa anda. Nanti dah habis jangan balik dulu sebab anda akan dihidangkan dengan 5 post-ending scene. Antaranya sekuel Deadpool dan pengumuman Guardians Of The Galaxy Vol. 3.

p/s : Team Guardians Of The Galaxy bakal muncul dalam filem Avengers : Infinity War yang akan ditayangkan pada Mei 2018. tunggu ya !

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG
Poster Guardians Of The Galaxy Vol. 2 2017 Download Guardians Of The Galaxy Vol. 2 Subtitle | SinopsisGuardians Of The Galaxy Vol. 2 2017 Synopsis | Poster Guardians Of The Galaxy Vol. 2 2017 Review | Guardians Of The Galaxy Vol. 2 2017 Malay Subtitle | Guardians Of The Galaxy Vol. 2 2017 Torrent | Review filem Guardians Of The Galaxy Vol. 2 2017 | Barisan pelakon Guardians Of The Galaxy Vol. 2 2017 |  Review filem Guardians Of The Galaxy Vol. 2 2017 Bahasa Melayu | Review Guardians Of The Galaxy Vol. 2 2017 Malay |



Post a Comment

0 Comments