The Lego Batman Movie - Movie Review

14:59:00 Rafzan Tomomi 3 Comments

The Lego Batman Movie - Movie Review

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem animasi 3D 'The Lego Batman Movie'. Filem ini merupakan 'spin-off' dari filem 'The Lego Movie' yang ditayangkan pada Februari 2014. Filem 'The Lego Batman Movie' mula ditayangkan sejak 9 Februari 2017. Ramai yang memberi pandangan positif selepas menonton filem ini.  Best ke tak filem ni? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

The Lego Batman Movie - Movie Review

Sinopsis The Lego Batman Movie
'The Lego Batman Movie' mengisahkan tentang selepas kejadian dalam "The Lego Movie", Lego Batman kembali untuk satu pertarungan baru berdepan ancaman jahat di dunia Lego. Kali ini, Joker dan penjahat-penjahat lain mengancam bandar Gotham. Kini ia bergantung kepada Batman untuk menumpaskan penjenayah dengan bantuan anak angkatnya Robin, Batgirl dan ramai lagi dalam pengembaraan baru Lego. (Trailer The Lego Batman Movie 2017)

Filem yang bergenre animasi, aksi dan komedi ini merupakan arahan Chris McKay. Filem ini dibintangi oleh pelakon suara: Will Arnett, Michael Cera, Zach Galifianakis, Rosario Dawson, Ralph Fiennes dan ramai lagi. Filem yang berdurasi selama 1 Jam 45 Minit ini diklasifikasikan untuk tonton 13 tahun keatas sahaja dan ditayangkan dalam bentuk 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX.

The Lego Batman Movie - Movie Review

Momi Review's
Jalan cerita 'The Lego Batman Movie' berjaya menarik perhatian Momi. Permulaan cerita sahaja dah buat anda ketawa dengan pencerita yang merupakan Batman sendiri. Boleh dikatakan hampir 80% adalah adengan yang boleh buat anda ketawa terbahak-bahak (make sure focus on screen haha).

Menariknya dalam filem ini menampilkan geng-geng dari DC Comics seperti Superman, Joker, Robin dan ramai lagi. Kisah yang memfokuskan kehidupan Batman / Bruce Wayne di bandar Gotham dan kelakarnya, Joker kecewa sebab Batman tidak menganggap Joker sebagai musuh utamanya. Keseluruhan cerita sangat best dan wajib tengok dekat wayang, boleh release tension nih haha.

The Lego Batman Movie - Movie Review

Sedikit info untuk anda, selain filem The Lego Batman Movie , satu lagi 'spin-off' dari 'The Lego Movie' iaitu 'The Lego Ninjago Movie' bakal ditayangan September 2017! Bukan itu sahaja, sekuel 'The Lego Movie' juga bakal ditayangkan pada Februari 2019! 

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG

Poster The Lego Batman Movie 2017 Download |  The Lego Batman Movie 2017 Subtitle | Sinopsis The Lego Batman Movie 2017 Synopsis | Poster The Lego Batman Movie 2017 Review | The Lego Batman Movie 2017 Malay Subtitle |The Lego Batman Movie 2017 Torrent | Review filem The Lego Batman Movie 2017 | Barisan pelakon The Lego Batman Movie |  Review filem The Lego Batman Movie 2017 Bahasa Melayu | Review The Lego Batman Movie 2017 Malay

**all photos taken from comingsoon.net

3 comments: