John Wick: Chapter 2 - Movie Review

John Wick: Chapter 2 - Movie Review

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem yang baru sahaja ditayangan pada 9 Februari lalu iaitu 'John Wick: Chapter 2'. Untuk pengetahuan anda, filem ini merupakan filem sekuel dari filem 'John Wick' yang ditayangkan sekitar tahun 2014. Momi tak pernah tengok filem pertamanya, mungkin tak berapa jelas beberapa kisah lalu. Best ke tak filem ni? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

John Wick: Chapter 2 - Movie Review

Filem yang bergenre Aksi & Ngeri ini merupakan arahan pertama dari Chad Stahelski selepas mengarah filem pertamanya bersama David Leitch. Filem ini dibintangi oleh Keanu Reeves sebagai peneraju utama dan menampilkan pelakon lain seperti Common, Laurence Fishburne, Riccardo Scamarcio dan ramai lagi. Filem yang berdurasi selama 2 Jam 2 Minit ini diklasifikasikan untuk tonton 18 tahun keatas sahaja. Sila jangan bawa kanak-kanak ya. (Trailer John Wick: Chapter 2 2017)

John Wick: Chapter 2 - Movie Review

Sinopsis John Wick: Chapter 2
'John Wick: Chapter 2' mengisahkan tentang seorang pembunuh upahan yang dihantar untuk membunuh pembunuh upahan lain ini kembali dengan misi baru, di mana dia dipaksa untuk kembali dari persaraan oleh bekas rakan setugasnya. Bekas rakannya itu mahu mengambil alih rangkaian pembunuh upahan antarabangsa. John Wick terpaksa melakukan misi tersebut kerana telah bersumpah sebelum ini. Oleh itu, dia mengembara ke Rom untuk menumpaskan pembunuh-pembunuh upahan yang terhebat. Pelbagai rintangan yang harus dilalui oleh John Wick. 

John Wick: Chapter 2 - Movie Review

Penuh Aksi!
Permulaan cerita sahaja dah ada aksi kejar mengejar. Tapi dah boleh agak untuk filem-filem sebegini. Bukan itu sahaja, 'scene' tembak menembak, langgar melanggar turut menjadi point filem ini. Bab meletopkan rumah orang yang buat Momi sangat terkejut.Oh ya, Momi lupa masa tu filem ini untuk 18 tahun ke atas sahaja. Memang ganas dan penuh darah ya gais. 

Jalan Cerita?
Momi rasa jalan ceritanya menarik juga. Walaupun ini bukan 'genre' kegemaran Momi, tetapi filem dia buat anda rasa duduk tak senang dan ternanti-nanti apa yang bakal berlaku pada John Wick. Kalau anda peminat filem aksi dan ngeri, ini filem yang sesuai untuk anda tonton dipawagam. Keseluruhannya, anda kena persiapkan jantung dan mata sebab banyak 'scene' tak diduga berlaku hehe. 

Sedikit info untuk anda, filem ini bakal ada sambungan lagi okay, filem ketiga masih lagi dalam perbincangan. Momi rasa nak 'follow up' filem ini kalau ada sekuel hehe.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG

Poster John Wick: Chapter 2 2017 Download |  John Wick: Chapter 2 2017 Subtitle | Sinopsis John Wick: Chapter 2 2017 Synopsis | Poster John Wick: Chapter 2 2017 Review | John Wick: Chapter 2 2017 Malay Subtitle | John Wick: Chapter 2 2017 Torrent | Review filem John Wick: Chapter 2 2017 | Barisan pelakon John Wick: Chapter 2  Review filem John Wick: Chapter 2 2017 Bahasa Melayu | Review John Wick: Chapter 2 2017 Malay

**all photos taken from comingsoon.net

Post a Comment

0 Comments