J Revolusi - Movie Review


Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem aksi Melayu iaitu filem 'J Revolusi'. Sebelum-sebelum ni ada ternampak 'teaser' poster filem ni dekat panggung wayang, Wah filem negara kita rupanya. Filem  'J Revolusi' bakal ditayangkan pada 2 Mac 2017. Momi telah menghadiri Malam Gala J Revolusi dengan jemputan Mawardi Yunus. Best ke tak filem ni? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)


Sinopsis J-Revolusi
J Revolusi mengisahkan tentang seorang ahli Unit Tindakhas (UTK), Jay Zulkarnain (lakonan Zul Ariffin) yang perlu menyelamatkan adik perempuannya, Dian (lakonan Fazura) yang merupakan seorang ejen penyamaran yang telah diculik oleh seorang lelaki misteri yang pernah memerangkap Jay untuk satu kes pembunuhan. Jay berusaha untuk menyelamatkan adiknya walaupun pelbagai rintangan yang harus dihadapi. (Trailer J Revolusi 2017)

Filem yang bergenre aksi dan drama ini merupakan arahan sulung dari Zul Azhar. Zul Ariffin telah dipilih sebagai penerajun utama filem ini. Selain Zul Ariffin, Filem ini dibintangi oleh Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra dan ramai lagi. Filem yang diklasifikasikan untuk tonton 13 tahun keatas sahaja (P13) dan ditayangkan dalam bentuk 2D.


Momi Review's
Mula-mula nak tepuk tangan dulu. Sebab filem melayu yang berjaya buat Momi rasa berbaloi pergi menonton. Pemilihan Zul Ariffin sangat tepat untuk filem aksi macamni. Sebuah filem yang menarik jalan ceritanya, Momi terbayangkan filem ala-ala spy gitu. Agak mengejutkan sebab ada 'plot twist' dipertengahan cerita.

Tidak lupa, filem ini penuh dengan aksi dan mendebarkan Momi juga semasa menonton. Selepas menonton filem ni, Momi dapat lah tengok bagaimana pegawai UTK (Unit Tindak Khas) menjalankan tugas mereka. Bukan mudah tau. Kalau anda menonton filem ini, pasti akan teruja.

Yang menceriakan filem ini adalah watak 'Herman' / 'Skodeng' yang dibawa oleh Azad Jazmin, seorang pegawai UTK yang sangat banyak cakap dan kelakar. Bila muncul je watak 'Skodeng' , confirm anda akan gelak hahaha. Watak lain seperti Dian (lakonan Fazura), Eddie (lakonan Izara Aishah) dan Andra (lakonan Farid Kamil) turut melakonkan watak mereka dengan baik.

Kalau boleh nak cerita semua, tapi nak simpan sikit sebab anda kena menonton filem ini tau ! In shaa Allah, dengan sokongan rakyat Malaysia, filem ini mampu mengutip kutipan 'Blockbuster'. Jangan lupa pergi menonton ya gais. GOODLUCK TEAM JREVOLUSI!

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG

Poster J Revolusi 2017 Download | Rings 2017 Subtitle | Sinopsis J Revolusi 2017 Synopsis | Poster J Revolusi 2017 Review | J Revolusi 2017 Malay Subtitle | J Revolusi 2017 Torrent | Review filem J Revolusi 2017 | Barisan pelako J Revolusi 2017 |  Review filem J Revolusi 2017 Bahasa Melayu | Review J Revolusi 2017 Malay | J Revolusi Zul Ariffin | Watak Azad Jazmin J Revolusi 

**all photos taken from comingsoon.net

Post a Comment

6 Comments

Azwar Syuhada said…
Tak sempat nak tengok lagi..
Luqman Zakaria said…
kena tengok nih. lambat plak nak tunggu 2 mac haha.
Rafzan Tomomi said…
next week release nya :)
Rafzan Tomomi said…
hehehhee kena tengok. next week je hehe
Illya LeYa said…
WOW!!! Ni lagi best... Kene pergi tonton ni
Rafzan Tomomi said…
hehehee jom jom hehe