Sushi King - Menu Istimewa Sempena Chinese New Year 2017 !


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Sempena tahun Ayam Emas ini, Sushi King telah menghidangkan menu istimewa kepada pengunjungnya. Pada 21 Januari lalu, Momi bersama rakan Blogger berkesempatan untuk merasai hidangan-hidangan istimewa "Doubly Fresh, Doubly Joyous" Tahun Baharu Cina di Sushi King.


Momi memang penggemar Sushi King, jadi tidak melepaskan peluang untuk cuba makan hidangan istimewa tersebut. Tak lengkap rasanya jika Tahun Baharu Cina tanpa Yee Sang. Untuk pengetahuan anda, menu utama untuk "Doubly Fresh, Doubly Joyous" ialah Yee Sang yang dihidangkan untuk 4 - 6 orang makan.


Istimewanya Yee Sang Sushi King ini, ia menampilkan daging Ikan Salmon daripada perairan Norway bersamadatang dengan dua sos istimewa iaitu Wasabi Mix Sauce dan Tangy Plum Sauce. Dalam Yee Sang ni macam biasa sayur-sayuran segar dan paling istimewa ada sotong. Serius sedap! Jom tengok antara menu-menu menarik "Doubly Fresh, Doubly Joyous" : 


Prosperity Yee Sang
RM 48.63 (termasuk GST)


Minced Salmon, Salmon & Unagi
RM 6.36 (termasuk GST)


Fried Salmon Sushi - Deep Fried Salmon 
RM 5.30 (termasuk GST)


Spicy Salmon Teriyaki - Grilled Salmon with Mayonnaise
RM 5.30 (termasuk GST)



Salmon Teriyaki - Grilled Salmon
RM 5.30 (termasuk GST)



Salmon Don 
RM 5.30 (termasuk GST)


Ontama Salmon Don
RM 9.41 (termasuk GST)


CNY Bento
Deep Fried Chicken and Salmon Served with Mini Yee Sang
RM 21.09 (termasuk GST)


Seafood Bento
Deep Fried Salmon,  Prawn, Squid & Long Beans
RM 21.09 (termasuk GST)

Paling penting, Sushi King telah disahkan HALAL oleh JAKIM, jadi boleh makan tanpa was-was tau. Haaa.. Jika anda membelanjakan RM68 dan ke atas dalam satu resit, anda layak menerima satu set eksklusif Sushi King Daruma Ang Pow dan juga berpeluang untuk memenangi percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Tokyo. Wah best tu.. ! Kesemua hidangan ini terhad tau sehingga 28 Februari 2017 sahaja, jadi cepat-cepat datang dan rasa sendiri hidangan istimewa ini.

Jom Tengok Vlog Momi Makan Dekat Sushi King !


Terima kasih kepada Sushi King Malaysia & Broframestone atas kesudian menjemput Momi merasai hidangan yang best ini. :)

Post a Comment

0 Comments