Karaoke Bersama Officemates! | MOMIVLOG #1

Rafzan Tomomi Vlog

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Pengumuman : Momi bakal menceburi bidang baru pada tahun 2017 iaitu bidang 'Vlog". Sebenarnya dah lama menanam azam, semangat dan cita-cita nak ber-vlog ni sejak tahun 2012 bila tengok "Maria Elena", "Mat Luthfi", "Shazreen Fazlynda" dan terbaru, "Zakirah Zainal" punya vlog. Momi dah lama perati mereka-mereka ini, Bagaimana mereka boleh berkeyakinan depan kamera. Momi sedang mencari keyakinan seperti mereka haha!  


Tadaaa! Diatas ini Momi dah kepilkan video Vlog pertama di Channel YouTube Rasmi Rafzan Tomomi, MOMIVLOG #1. Video pertama ni rasa macam banyak kurangnya, first time weh! haha. Untuk pengetahuan anda, Momi praktis beria jugak untuk sesuaikan diri depan kamera sebab kebiasaanya Momi 'shy shy cat' depan kamera. teehee! Momi tengah belajar lagi nak pandang kamera, sebab dalam video ni kebanyakkannya tengok muka sendiri berbanding lens kamera haha. Anda bakal saksikan ke-merapu-an Momi dalam Vlog haha. Semoga anda terhibur dengan Vlog pertama ini.


Post a Comment

2 Comments

wah best best... ada la geng nak vloging nanti.. jangan lupa jemput untuk vlogging kat channel ko ye. hehehe
Rafzan Tomomi said…
of courseee... boleh la ber-vlog sesama hahaha. :D