#MovieReview - Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng!

17:13:00 Rafzan Tomomi 4 Comments

Review Filem Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Momi rasa semua orang kenal si kembar yang popular, Upin & Ipin kan? Selama 10 tahun Momi menjadi peminat setia Upin & Ipin, akhirnya Momi rasa gembira dan teruja apabila Upin & Ipin muncul dalam filem 'Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng!'.  Filem ini mula ditayangkan di Malaysia pada 24 November 2016. So far, ramai yang memberi pandangan positif & negetif selepas menonton filem ni. Best ke tak?   ::Amaran : Spoiler:: 

Saksikan Trailer "Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng!"!
Download Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng! 2016

SINOPSIS Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng! 
Aqish ialah seorang anak yatim yang setia meminati Upin dan Ipin, suka melukis dan menggantung gambar Upin dan Ipin, bahkan suka berangan-angan berkawan dengan watak-watak Upin dan Ipin. Pada suatu hari, nasib malang melanda Aqish apabila rumah anak yatim dan tanah yang didudukinya bakal dijual kepada pihak luar, memungkinkan Aqish kehilangan tempat untuk bergantung. Duka Aqish begitu menyentuh perasaan sehingga watak-watak Upin dan Ipin dalam lukisan pun terasa dan mereka pun muncul ke dalam dunia Aqish dalam bentuk watak hidup untuk menghiburkan dan menemani Aqish dalam menghadapi dugaan

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 24 November 2016
Genre: Pengembaraan / Animasi
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: Primeworks Studios
Pelakon: Asyiela Putri, Puteri Balqis, Awie, Remy Ishak, Sara Ali
Pengarah: Erma Fatima, Hajah Ainon Ariff
Format: 2D

Review Filem Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng!
Poster Review Filem Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng!
REVIEW Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng!
Sebuah filem yang patut diberi pujian! *clap clap clap*. Momi suka CGI mereka seakan 'real' dan memang sempoi habis. Jalan cerita yang mudah dan semestinya ada drama sikitlah. Momi suka bila filem ni ada plot twist ditengah-tengah. Filem ini juga tak lengkap kalau tak buat anda ketawa semasa menonton.

Watak-watak dalam filem ni memang best ! Lagi-lagi lakonan Balqis yang sangat-sangat bagus. Lebih menarik lagi menampilkan Upin & Ipin yang sememangnya menghidupkan filem ini. Anda juga takkan kecewa sebab Upin & Ipin selalu muncul dalam filem ni. Watak sampingan juga melakonan watak dengan baik. Walaupun sebenarnya terkejut Awie & Remy Ishak turut membintangi filem ini (sebab perasan nama mereka haha). Watak rakan-rakan Balqis juga dilakonkan dengan baik. hehe. Adengan paling buat Momi teruja semasa Upin & Ipin muncul. Memang jerit kalah budak kecil hahaha.

Keseluruhannya, filem Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng! menarik dan sangat berbaloi untuk ditonton lebih-lebih lagi peminat kipas-susah-mati macam Momi ni hehe. Lebih teruja bila tengok end credits dia sebab ada trailer filem Upin Ipin The Movie, released tak pasti bila hehe. Tak sabar okay nak tengok nanti. Jadi anda memang sesuai untuk bawa kanak-kanak yang sememangnya dah biasa tengok Upin & Ipin. Mesti anda seronok sama-sama hehe.

Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG


Poster Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng! 2016 Download |  Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng! 2016 Subtitle | Sinopsis Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng! 2016 Synopsis | Poster Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng! 2016 Review | Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng! 2016 Malay Subtitle | Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng! 2016 Torrent | Review filem Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng! 2016 | Barisan pelakon Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng! 2016  Review filem Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng!Bahasa Melayu

**all photos taken from google.

4 comments:

  1. Selama ini dengar komen yang tak baik, kali ini baca komen review yang baik tinggi bintang bagi. Semoga upin dan ipin mendapat kutipan jualan tertinggi tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang selalu dibaca adalah hasil luahan ibu bapa yang kecewa yang Upin & Ipin akan muncul sepanjang filem ni. Sebelum menonton, Momi memang dah tahu ni filem live action + animation haha. So Momi lebih menghargai CGI dan jalan cerita yang menarik. Sedikit sedih, bila hasil yang sangat membanggakan dari negara kita, dipanggil 'filem sampah' :'(. - this is not paid review hahaha!

      Delete
  2. wow jujurnya review mesti pergi tgk ni haha

    ReplyDelete