#MovieReview - Volkswagen Kuning



Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Pernah dengar kisah Volkswagen Kuning suatu ketika dahulu yang menimbulkan misteri. Kisah itu kini boleh disaksikan dalam filem Volkswagen Kuning yang merupakan filem ke-115 terbitan MIG. Setelah Momi menyertai contest Volkswagen Kuning anjuran Broframestone & MIG, Momi telah dijemput untuk menghadiri Majlis Tayangan Perdana Filem Volkswagen Kuning baru-baru ini. Semasa pra-tonton tersebut, ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton. Best ke tak? ::Amaran : Spoiler:: 


Saksikan Trailer "Volkswagen Kuning"!
Download Volkswagen Kuning 2016

SINOPSIS Volkswagen Kuning
Diarahkan oleh Shadan Hashim, filem ini diinspirasikan dari kisah misteri terkenal mengenai sebuah kereta Volkswagen kuning misteri yang dilihat di lebuh raya Karak. Menurut kisahnya, apabila anda melihat kereta tersebut jangan sesekali memotong kerana ia akan sentiasa muncul di hadapan anda, dan yang paling menakutkan adalah kereta itu bergerak tanpa pemandu.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 September 2016
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 24 Minit
Pengedar: METROWEALTH
Pelakon: Pekin Ibrahim, Atikah Suhaimie, Amai Kamarudin, Fatin Afeefa, Aida Othman, Hanif Safuan, Dayang Areeda, Mak Jah dan ramai lagi.
Pengarah: Shadan Hashim
Format: 2D


REVIEW Volkswagen Kuning
Sebuah filem yang penuh misteri. Mesti semua orang tertanya apa sebenarnya punca Volkswagen Kuning tu kacau orang , terutamanya pasangan dah berkahwin atau bercinta. Jalan cerita yang okay dan plot yang menarik bagi Momi. Lagi-lagi bila hampir sampai ke penghujung terdapat beberapa plot twist dan kisah yang didedahkan. Paling penting, takde 'jump scare' ye haha.

Lakonan Pekin dan Atikah Suhaimi dalam filem ini dilakonankan dengan baik sekali. Lakonan pelakon pembantu dan pelakon tambahan berjaya menghidupkan filem ini. Satu watak yang berjaya mencuri hati kami (Bloggers) ialah watak Pak Ayob yang berkebolehan untuk merawat pelbagai perkara mistik yang berlaku pada seseorang. Bila adengan melibatkan Pak Ayob mesti semua orang akan fokus hehe.

Keseluruhannya, filem ini memuaskan dan anda boleh ajak satu family menonton bersama. Rasai keseraman filem ini ketika menonton dekat wayang. Wajib tengok sebab Pak Ayob sebenarnya yang paling menyerlah dalam filem "Volkswagen Kuning" ini (hehe gurau je..) :)



Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG


Poster Volkswagen Kuning 2016 Download |  Volkswagen Kuning 2016 Subtitle | Sinopsis Volkswagen Kuning 2016 Synopsis | Poster Volkswagen Kuning 2016 Review | Volkswagen Kuning 2016 Subtitle |  The Volkswagen Kuning 2016 Torrent | Review filem Volkswagen Kuning 2016 | Barisan pelakon Volkswagen Kuning 2016  Review filem Volkswagen Kuning 2016 

**all picture belongs to MIG

Post a Comment

6 Comments

ok, now dah tahu what's it's all about.. that day tertanya-tanya juga...
Kaklong Chan said…
Ha.. Ok la kalo takde terkejut2..
Bole la Kaklong tengok nanti..
Rafzan Tomomi said…
takde jump scare hehe