#MovieReview - Seoul Station


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Mesti ramai diantara anda yang sudah menonton filem "Train To Busan" pada awal September lalu. Filem itu sedang menjadi perbualan orang ramai kerana 'ending' yang sedih dan beberapa watak yang memberi kesan kepada penonton. Filem prekuel Train To Busan, "Seoul Station" sudah mula ditayangkan sejak 29 September 2016. Filem ini adalah filem animasi tau, bukan 'live-action' ya. Best ke tak?   ::Amaran : Spoiler:: 


Saksikan Trailer "Seoul Station"!
Download Seoul Station 2016

SINOPSIS Seoul Station
Dalam filem prekuel kepada filem "Train to Busan" ini, ia mengisahkan tentang seorang lelaki terdesak mencari anak perempuannya yang melarikan diri menjadi pelacur. Ketika sedang dalam pencarian, seorang lelaki gelandangan di Seoul Station telah menjadi gila dan mula menyerang dan menyebarkan virusnya kepada orang. Pihak kerajaan terpaksa menutup beberapa kawasan sebagaimana epidemik zombi mula menular.

Bahasa: Korean
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 29 September 2016
Genre: Animasi / Drama / Ngeri
Durasi: 1 Jam 32 Minit
Pengedar: Mega Films Distribution Sdn Bhd
Pelakon: Ryu Seung-Ryong, Shim Eun-Kyung, Lee Joon
Pengarah: Yeon Sang-Ho
Format: 2D

Poster 'Seoul Station'
REVIEW Seoul Station
Sedikit menghampakan rasanya. Jalan cerita filem ini okay sahaja, tidak terlalu 'hype' dan secara am-nya ia adalah dari sudut lain semasa berlakunya senario dalam filem 'Train To Busan'. First memang teruja nak tengok sebab dilabel sebagai 'prekuel' filem box offfice itu. Walaupun ia sebuah filem animasi, tapi Momi masih agak 'nervous' ketika menonton hehe.


Zombie-zombie dalam filem ini sama je dengan dalam filem Train To Busan. Pada awal cerita agak lambat sedikit sebab nak cerita pasal 2 watak utama filem ini; Hye-sun (lakon suara oleh Shim-Eun Kyung) dan Ki-woong (lakon suara oleh Lee Joon). Paling tak disangka, sebenarnya pada penghujung filem ni ada 'plot twist'. Sedikit kecewa pada bahagian 'ending' kerana ada beberapa adengan dipotong, mungkin kerana filem ni rate 'PG13'.

Keseluruhannya, filem 'Seoul Station' okay sahaja dan mungkin sesiapa yang mengharap ia se-menarik Train To Busan mungkin sedikit kecewa dengan filem ini.  Tapi kalau nak tengok pon okay je. Jujur dalam wayang tak ramai orang boleh dibilang dengan jari huhu.


Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG


Poster Seoul Station 2016 Download |   Miss Seoul Station2016 Subtitle | Sinopsis Seoul Station 2016 Synopsis | Poster Seoul Station 2016 Review | Miss Peregrine's Seoul Station 2016 Malay Subtitle | Seoul Station 2016 Torrent | Review filem Seoul Station 2016 | Barisan pelakon Seoul Station 2016  Review filem Seoul Station 2016 

**All photos belongs to google.

Post a Comment

0 Comments