#MovieReview - Miss Peregrine's Home for Peculiar Children


Review Filem Miss Peregrine's Home for Peculiar Children

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kepada peminat filem fantasi dan pengembaraan, filem adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama, "Miss Peregrine's Home for Peculiar Children" sudah mula ditayangkan mulai 29 September 2016. Filem ini unik sebab ia menampilkan karakter-karakter yang pelik dan misteri. Beberapa padangan untuk filem ini kebanyakkanya adalah positif & negetif. Dah bersedia nak baca review Momi? Best ke tak tu?    ::Amaran : Spoiler:: 

Review Filem Miss Peregrine's Home for Peculiar Children
sumber : www.comingsoon.net

Saksikan Trailer "Miss Peregrine's Home for Peculiar Children"!
Download Miss Peregrine's Home for Peculiar Children 2016

SINOPSIS Miss Peregrine's Home for Peculiar Children
Filem fantasi ini mengisahkan tentang kehidupan mengenai seorang remaja yang mendapati dirinya kini terdampar di sebuah pulau di mana dia perlu melindungi sekumpulan anak-anak yatim piatu yang mempunyai kuasa luar biasa dari dimusnahkan oleh satu kuasa jahat. Filem ini ditulis oleh Jane Goldman dan merupakan adaptasi dari novel karya Ransom Riggs.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 29 September 2016
Genre: Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 2 Jam 7 Minit
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Eva Green, Asa Butterfield, Samuel L. Jackson, Ella Purnell, Allison Janney
Pengarah: Tim Burton
Format: 2D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX

Review Filem Miss Peregrine's Home for Peculiar Children
sumber : s3.amazonaws.com


REVIEW Miss Peregrine's Home for Peculiar Children
Filem ini ala-ala Percy Jackson + Harry Potter bagi Momi. Sebuah filem yang jalan ceritanya menarik dan penuh dengan tanda tanya. Permulaan filem lambat sikit, tapi lepas tu jalan ceritanya semakin berkembang dan pelbagai tanda tanya terjawab. Menariknya filem ni, penonton didedahkan dengan kuasa-kuasa pelik pada anak-anak yang Miss Peregrine jaga. Satu lagi, sangat menarik masa Miss Peregrine putar balik masa ke 24 jam sebelumnya.

Review Filem Miss Peregrine's Home for Peculiar Children

Watak yang menarik minat Momi antaranya ialah si kembar bertopeng (The Masked Twins - kuasa dia memang 'wow'), Emma (gadis yang boleh terapung) dan Bronwyn (Adik yang mempunyai kekuatan luar biasa). Momi tergelak bila tengok watak antagonis dalam filem ini, Mr. Barron (lakonan Samuel L. Jackson) . Bila dia muncul Momi mesti gelak haha. Tak sangka sebenarnya filem ni kelakar jugak haha.

Keseluruhannya, cerita yang menghiburkan dan anda patut tengok dekat panggung wayang. Momi tak berapa gemar dengan watak utama Jake (lakonan Butterfield) sebab dia macam 'perlahan' sangat haha. Banyak lagi menarik sebenarnya tapi Momi nak anda tengok sendiri nanti hehe.

Review Filem Miss Peregrine's Home for Peculiar Children

Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG


Poster Miss Peregrine's Home for Peculiar Children 2016 Download |   Miss Peregrine's Home for Peculiar Children 2016 Subtitle | Sinopsis Miss Peregrine's Home for Peculiar Children 2016 Synopsis | Poster Miss Peregrine's Home for Peculiar Children 2016 Review | Miss Peregrine's Home for Peculiar Children 2016 Malay Subtitle | Miss Peregrine's Home for Peculiar Children 2016 Torrent | Review filem Miss Peregrine's Home for Peculiar Children 2016 | Barisan pelakon Miss Peregrine's Home for Peculiar Children 2016  Review filem Miss Peregrine's Home for Peculiar Children 2016 

**all picture belongs to 
google.

Post a Comment

0 Comments