#MovieReview - Don't Breathe

21:05:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Siapa sangka niat mereka nak merompak jadi lain apabila si mangsa lebih hebat dari perompak tu. Filem 'Don't Breathe' mendapat review yang positif oleh mereka sudah menonton. Filem ini mula ditayangkan pada 25 Ogos yang lalu, sebab terlalu busy tak sempat nak review awal hehe. Best ke tak?  ::Amaran : Spoiler:: 



Saksikan Trailer "Don't Breathe"!
Download Don't Breathe 2016

SINOPSIS Don't Breathe
Filem seram ini mengisahkan tentang tiga pemuda yang merancang untuk merompak rumah seorang jutawan buta yang tinggal bersendirian. Bagaimanapun, selepas mereka berjaya memecah masuk rumah tersebut, mereka mendapati bahawa lelaki buta tersebut merupakan seorang psikopat berbahaya yang mula memburu mereka seorang demi seorang. 

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 25 Ogos 2016
Genre: Ngeri
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: Sony Pictures Releasing International
Pelakon: Jane Levy, Dylan Minnette, Daniel Zovatto, Stephen Lang
Pengarah: Federico Alvarez
Format: 2D, 2D D-BOX


REVIEW Don't Breathe
Apa yang Momi katakan filem ini memang best dan sangat disyorkan untuk menonton. Semasa menonton filem ini memang sangat mendebarkan sehingga Momi sendiri tak bernafas haha. Jalan cerita Don't Breathe perlahan sikit tapi masih menarik untuk ditonton. Menariknya sedikit demi sedikit kisah jutawan buta akan didedahkan. Adakah mereka berjaya merompak pak cik tersebut?

Para pelakon melakonkan watak dengan baik sekali terutamanya jutawan buta (lakonan Stephen Lang) dan watak Becky (lakonan Jane Levy) yang sangat mencemaskan. Ada beberapa adengan yang sangat mendebarkan seperti menyorok dalam gelap, takde satu cahaya pon. Masa tu pak cik yang buat tu tengah buru diorang dengan pistol. Memang mendebarkan! Ada banyak lagi adengan yang mendebarkan haa tak nak cerita lebih , kena tengok sendiri.

Keseluruhannya, Momi puas hati dengan filem ini. Siapa peminat filem ngeri dan thriller memang berbaloi tengok dekat wayang. Satu lagi masa menonton memang seronok bila tengok dengan orang yang suka menjerit terkejut haha. :D

Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG


Poster Don't Breathe 2016 Download |  Don't Breathe 2016 Subtitle | Sinopsis Don't Breathe Synopsis | Poster Don't Breathe 2016 Review | Don't Breathe 2016 Subtitle |  Don't Breathe 2016 Torrent | Review filem Don't Breathe 2016 | Barisan pelakon Don't Breathe 2016  Review film Don't Breathe 2016 | Don't Breathe 2016

**all picture belongs to Google 

0 comments: