Menikmati Suasana Kampung Di 'DesaStay' Johor

15:18:00 Rafzan Tomomi 4 Comments

Karnival DesaStay Negeri Johor

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. 30 Julai & 31 Julai yang lalu Momi bersama rakan-rakan Blogger telah menyertai Trip Ke Johor bersama Rush Media. Pada hari pertama (Sabtu, 30 Julai), kami singgah di DesaStay Kg Parit Tengah Batu Pahat dan Johor Bahru untuk Majlis Perasmian Karnival Desa Peringkat Negeri Johor eksklusif bersama Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Nordin , Menteri Besar Johor.

Karnival DesaStay Negeri Johor

Seawal 7.00 pagi lagi blogger & rakan media dah sampai. Momi sampai pon dalam sekitar tu lah hehe. Pagi tu kami dihidangkan dari Nasi Lemak Sotong & air Kopi O', thanks to Kak Ana hehe. Sebelum bertolak pon bas dah meriah dengan suara blogger yang duduk belakang dalam bas haha. Dengan eksklusifnya Momi duduk seorang je dengan dua seat, (ye lah sebab tak muat duduk berdua haha!). Perjalanan dari MaTic ke Batu Pahat dalam 3 jam lebih jugak hehe.

Karnival DesaStay Negeri Johor
Momi & Selamat Datang hehe

Program DesaStay
'DesaSaty' merupakan salah satu produk pelancongan yang berpotensi di kawasan luar bandar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan maysarakat luar bandar di dalam sektor pelancongan. Pakej-pakej akan disediakan di mana ianya terdiri daripada pakej setengah hari, 1 hari atau 2 hari 1 malam dan seterusnya.

Karnival DesaStay Negeri Johor
Ketibaan Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Nordin , Menteri Besar Johor disambut mesra oleh penduduk Kampung Parit Bugis.

31 buah kampung berpotensi untuk dijadikan 'DesaStay' yang terdiri dari masyarakat Melayu, Cina & India. Program 'DesaStay' juga merupakan satu bentuk pengalaman di mana para pelancong akan merasai sendiri dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan disediakan oleh penduduk-penduduk kampung tersebut.

Karnival DesaStay Negeri Johor
Ketibaan Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Nordin , Menteri Besar Johor

Tujuan mewujudkan Program ‘DesaStay’ di seluruh negeri Johor adalah untuk:

1. Memperkembangkan ‘Hospitality Industry’ dan mempertingkatkan industry pelancongan di negeri Johor.
2. Mempelbagaikan bentuk kemudahan penginapan kepada para pelancong khususnya kepada ‘Budget Travellers’
3. Memperkenalkan cara hidup dan kebudayaan masyarakat setempat
4. Mewujudkan peluang perniagaan kepada komuniti setempat serta meningkatkan ekonomi mereka secara tidak langsung
5. Menyediakan pakej-pakej aktiviti yang menarik untuk diikuti.

Karnival DesaStay Negeri Johor
Kami bergambar bersama Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Nordin , Menteri Besar Johor.

Bagi Momi program ini menarik perhatian ramai pelancong dari dalam dan juga luar negara. Pelancong bakal merasai suasana kampung dan sesuai untuk mereka yang nak lari sekejap dari kesibukan kota. Jadi tunggu apa lagi, jom ler ramai-ramai menikmati suasana kampung di DesaStay hehe. Untuk maklumat lanjut, boleh Follow Twitter rasmi DesaStay : twitter.com/desastayjohor.  Tak mahu cerita banyak , jom tengok gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung :

Karnival DesaStay Negeri Johor
Sarapan gais.

Kak Nannie share brownies.

Bas ni yang bawak kami 2 hari 1 malam hehe.

Kemeriahan dalam bas beberapa minit awal. Lepas tu... haha

I'm here!

Banner Karnival DesaStay

Antara Booth di Karnival DesaStay Negeri Johor

Antara Booth di Karnival DesaStay Negeri Johor

Antara Booth di Karnival DesaStay Negeri Johor

Belacan Kampung Sungai Melayu

Antara Booth di Karnival DesaStay Negeri Johor

Jus Durian Belanda Terbaik!

Menunggu ketibaan Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Nordin , Menteri Besar Johor

Fefeeling jap gais haha

Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Nordin , Menteri Besar Johor merasmikan Karnival DesaStay.

Bersama Ungku Ismail.

Susu Kambing ni Kak Sally belanja. hehe Tq sis.

Teratak Selari Bonda

Meriah dalam van.

Happy sangat semuanya hehe
Terima kasih kepada Kak Ana, Tourism Johor dan Team Rush Media atas jemputan ke Majlis Perasmian Karnival Desa Peringkat Negeri Johor ini. Entri seterusnya, Momi nak cerita pengalaman 2 hari 1 malam di Austin Height Golf and Hotel Resort & Austin Height Water Park. 

p/s : Jom explore Johor gais. :)


4 comments:

  1. huh..gembira nau semua...btw..dh folo dan masukkan dlm list blogwalking

    https://rojakonemalaysia.blogspot.my/2016/08/bloglist-untuk-blogwalking.html

    ReplyDelete
  2. hamboiii...dah jadi photo album tauuu...hahahahah...glad we meet each other Momi! :D

    ReplyDelete