#MovieReview - Nerve

22:59:00 Rafzan Tomomi 6 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Adakah anda seorang 'pemain' atau 'penonton'? Itu merupakan soalan setiap kali anda ke laman Nerve. Dengan hanya permainan online ni, anda boleh jadi kaya sekelip mata tapi dengan hanya melakukan perkara yang mencabar malah berada di luar fikiran anda. Anda sanggup? Filem 'Nerve' sudah mula ditayangkan sejak 11 Ogos lalu. Pandangan mereka yang sudah menonton kebanyakkannya berpuas hati. Best ke tak?  ::Amaran : Spoiler:: 



Saksikan Trailer "Nerve"!
Download Nerve 2016

SINOPSIS Nerve
Venus, seorang pelajar senior sekolah tinggi, mendapati dirinya terperangkap dalam permainan dalam talian `benar dan cabar`. Lama-kelamaan setiap langkahnya dimanipulasi oleh satu komuniti tidak dikenali yang digelar `watchers`.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 11 Ogos 2016
Genre: Jenayah / Misteri / Ngeri
Durasi: 1 Jam 36 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Dave Franco, Emma Roberts, Emily Meade, Juliette Lewis, Kimiko Glenn
Pengarah: Henry Joost, Ariel Schulman
Format: 2D

Movie Review Nerve 2016

REVIEW Nerve
Sebuah filem yang Momi rasa sangat awesome. Jalan cerita filem 'Nerve' ini sangat menarik, bila ia berkaitan permainan online yang sangat mencabar dan berada diluar pemikiran kita. Makin tinggi duit yang ditawarkan, makin susahlah game tu kan? Permulaan dia dah rasa best , macam filem 'Unfriended' pon ada. Masa pemain pegang phone sambil berjalan tu dah macam Pokemon GO pulak haha. Mungkin kebetulan.


Watak utama yang dibawa oleh Dave Franco (sebagai Ian) & Emma Roberts (sebagai Vee) telah dilakonkan dengan baik sekali. Terutamanya masa melalui cabaran yang sukar, dan Momi suka adengan (alamak spoiler sikit)  bila Ian kena bawak motor sambil tutup mata, sementara Vee di tempat pembonceng bagi arah, memang sangat buat korang nervous. Banyak lagi sebenarnya babak-babak yang awesome, korang memang kena tengok sendiri haha.

Keseluruhannya, filem ini bagi Momi menarik dan bakal buat korang nervous, apa yang diorang akan buat seterusnya dan seterusnya. Momi rasa kalau diorang teruskan filem ni lagi mesti lagi best dan lebih mencabar dan lebih mendebarkan haha. Okaylah, tak nak cerita lebih, pergilah menonton haha.


Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG

Poster Nerve 2016 Download |  Nerve 2016 Subtitle | Sinopsis Nerve Synopsis | Poster Nerve 2016 Review | Nerve 2016 Subtitle |  Nerve 2016 Torrent | Review filem Nerve 2016 | Barisan pelakonNerve 2016  Review film Nerve 2016 | Nerve 2016

**all picture belongs to Google & NerveMovie Official Site

6 comments:

  1. Nampak macam agak best sampai dapat 4 bintang tu kan??

    ReplyDelete
  2. Tadi tengok final fantasy pun best jugak tengok cuma ending tak best. haha

    ReplyDelete
  3. Nampak macam agak best..jom g tgk lg sekali? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa ada beberapa movie xsempat tonton lagi, nak tengok sekali lagi download je eh hahahaha

      Delete