#MovieReview - 11.12.13 Scary Holiday

11.12.13 Scary Holiday Review
Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Rasanya macam dah lama je tak tengok filem Thailand, lagi-lagi kat wayang rasanya ni macam kali pertama je tengok. Trailer dia buat Momi nak tengok sangat filem ni. Sebuah filem Thailand, '11.12.13 Scary Holiday' sudah mula ditayangkan sejak 11 Ogos yang lalu. Best ke tak? ::Amaran : Spoiler:: 

11.12.13 Scary Holiday Review

Saksikan Trailer "11.12.13 Scary Holiday"!
Download 11.12.13 Scary Holiday 2016

SINOPSIS 11.12.13 Scary Holiday
Berlaku ketika Festival Songkran, atau juga dikenali sebagai Tahun Baru Thai, filem ini memaparkan tiga cerita berlainan yang berlaku ketika musim cuti tersebut. Pada 11 April, Tar memandu pulang ke kampungnya selepas memutuskan hubungan dengan teman wanitanya, Som, yang tidak mahu melepaskannya. Pada 12 April, Mod mengambil keputusan untuk bertemu dengan rakan-rakan universitinya tetapi mereka memberitahunya yang dia telah mati dalam satu kemalangan kereta. Pada 13 April, Kat dan Jane telah merancang percutian ke Chiang Mai untuk menyambut Festival Songkran tetapi mereka mendapati salah seorang daripada mereka telah mati sebelum perjalanan bermula.

Bahasa: Thailand
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 11 Ogos 2016
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 39 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Sukollawat Kanarot, Darancharas Sukheviriya, Mek Mekwattana, Nuntanuch Losuwan, Ariigantha Mahaplearkpong
Pengarah: Sarawut Wichiensarn
Format: 2D

11.12.13 Scary Holiday Review
11.12.13 Scary Holiday Poster
kredit to GSC Movies

REVIEW 11.12.13 Scary Holiday
As expected, filem "11.12.13 Scary Holiday" ni penuh dengan aksi seram tapi kelakar hehe. Jalan ceritanya okay sahaja dan masih boleh layan. Yang menariknya, macam mana filem ini menggabungkan 3 jalan cerita dalam satu filem. Sedikit lewat masuk dalam wayang tapi fahamlah jugak jalan ceritanya.

11.12.13 Scary Holiday Review

Dalam 3 cerita, cerita yang pertama agak seram sikit berbanding 2 cerita lain yang penuh dengan gelak ketawa haha. Kembang tekak jugak tengok, sebab filem Thailand tak pernah lari dari adengan yang menggelikan tekak hehe. Kebanyakan adengan dalam filem ini dah boleh agak dah dan seperti biasa Momi konfem terkejut jugak hahaa.

Keseluruhannya, filem ini menghiburkan dan okay sahaja. Sekadar untuk gelak-gelak okay lah. Tak terlalu bosan cuma dah biasa tengok beberapa adengan dalam filem "11.12.13 Scary Holiday". Siapa nak pergi tengok, pergi jangan tak pergi hehe.

11.12.13 Scary Holiday Review

Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG

Poster 11.12.13 Scary Holiday 2016 Download |   11.12.13 Scary Holiday 2016 Subtitle | Sinopsis 11.12.13 Scary Holiday Synopsis | Poster11.12.13 Scary Holiday 2016 Review |  11.12.13 Scary Holiday 2016 Subtitle |  11.12.13 Scary Holiday  Nerve 2016 Torrent | Review filem 11.12.13 Scary Holiday 2016 | Barisan pelakon 11.12.13 Scary Holiday 2016  Review film Nerve 2016 | 11.12.13 Scary Holiday 2016

**all picture belongs to Google & Facebook : 11.12.13 Scary Holiday

Post a Comment

0 Comments