Cara Guna Instagram Stories

by - 8/05/2016 04:35:00 pm

How to use Instagram Stories

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kalau siapa ada perasan, Instagram memperkenalkan fungsi terbaru dalam aplikasinya yang dipanggil "Instagram Stories". Fungsi baru ini diperkenalkan beberapa hari lalu. Pertama kali Momi cuba rasa macam apps Snapchat lah pulak, sure ramai yang akan samakan fungsi tersebut dengan Snapchat. Instagram Snapchat? haha

Mungkin peminat Snapchat bakal suka dengan fungsi baru ni. Bukan sahaja boleh buat update dalam bentuk gambar malah dalam bentuk video jugak. Lepas tangkap gambar or rekod video, korang boleh conteng diatasnya atau tambah text pada gambar. Menariknya fungsi Instagram Stories ini, apa yang korang update hanya akan bertahan 24 jam sahaja. Selepas 24 jam gambar/video yang korang update akan hilang secara automatik.  Berkaitan privasi pula, korang boleh sorokkan 'stories' korang tu dekat orang yang korang tak berapa gemar hehe. Sekiranya akaun private, hanya follower anda sahaja yang dapat tengok, manakala yang buat profile 'public', boleh dilihat oleh semua.

Cara Mengunakan Instagram Stories

How to use Instagram Stories
How to use Instagram Stories

01 Tap pada button (+) diatas (seperti gambar di atas) untuk ke Instagram Stories.

02 Tangkap gambar dengan hanya tekan butang bulat sekali dan video, tekan lama sehingga rakaman tamat.

How to use Instagram Stories

03 Tap pada salah satu button disebelah atas kanan untuk masukkan Text (2) atau conteng pada gambar/video (1).

How to use Instagram Stories

04 Sekiranya korang tak puas hati, hanya tekan butang "Cancel" (1) . Atau korang rasa nak save gambar/video yang dah edit cecantik tu , korang tekan butang ketiga (3). Kalau nak publish/share 'Stories', hanya tekan butang 'arah atas' (2) sahaja dan 'save'. 

How to use Instagram Stories

05 Kalau nak tengok semula boleh tengok dekat button bulat berjemaah dekat timeline Instagram korang atau buka profile korang, tap pada gambar 'default photo' korang.

[UPDATE] - 27 Januari 2017


06 Beberapa 'update' telah dilakukan oleh Instagram supaya Stories anda lebih menarik. Antaranya :

- "Hands Free" - (touch sekali sahaja) untuk mereka yang tak gemar tekan lama butang bulat tu hehe.
- "Boomerang" - Sekarang lebih mudah, tak perlu install Boomerang dah, dah boleh buat melalui Instagram Stories :)
"Live" - Dah boleh Live tau. hehe


07 Ramai bertanya bagaimana nak check siapa yang tengok Instagram Stories yang kita update? haaa... Nampak dekat bulat kuning dekat gambar di atas? Hanya touch sahaja disitu. lepas tu akan keluar seperti gambar dibawah : 


- "Save Video - Lepas upload, anda boleh muat turun video yang diupload.
"Upload Ke Instagram" - Kalau anda rasa best pulak Stories ini, anda boleh terus upload dekat Instagram. Mudah kan?
"Delete" - Jika anda ingin buang Stories yang tak berapa nak best, tekan je delete hehe.


How to use Instagram Stories


Bagi Momi menarik jugaklah fungsi baru ni. Apa kata siapa yang apa akaun Instagram tu boleh cuba sekarang hehe. :) More info atau sebarang pertanyaan boleh tengok dekat page Help Instagram. Selamat mencuba gais :) 


You May Also Like

14 comments

  1. Tak guna lagi yg terbaru ni..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Sangat bermanfaat 👍👍👍

    ReplyDelete
  3. Boleh ke kalau nak tengok orang ss story kite ?

    ReplyDelete
  4. Macam mane nak tengok kalau org ss story kite ?

    ReplyDelete
  5. Bole tahu tak apa masalahnya setiap kali nak buat video dia suruh retry je n failed 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin line problem atau phone rasanya.

      Delete
  6. macam mana nak buat banyak gambar dalam satu story tuuu 🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far, saya rasa boleh update satu je gambar. kecuali kalau ada nampak mana-mana pengguna yang update mcmtu, maybe dia edit dulu kolaj kot, lepas tu upload.

      Delete