Austin Heights Water & Adventure Park - Water Park Yang Penuh Pengembaraan Di Johor


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Haa.. tak lengkap rasanya menginap dekat  Austin Heights Golf & Hotel Resorts, kalau tak berseronok dekat Austin Heights Water & Adventure Park yang terletak berdekatan Hotel. Momi dan rakan-rakan Blogger tak melepas peluang mencuba beberapa tarikan menarik yang ada dekat Water Park terbaru di Johor ni. Nampak tak keseronokan di atas? haaa.. lepas ni banyak lagi gambar yang menyeronokkan haha.


Water Park
Water Park ada tarikan utama di Austin Heights Water & Adventure Park. Design water park ini bertemakan "exotic tropical" ni menarik perhatian Momi. Rasa tak puas sebab tak sempat nak rasa main semua. Dapat lah main satu dua gelongsor air tu hehe. Dah macam kanak-kanak riang semuanya hehe. Sangat fun!


Adventure Park
Adventure Park juga merupakan salah satu tarikan di di Austin Heights Water & Adventure Park. Anda akan mengharungi pelbagai cabaran sepanjang perjalanan di Adventure Park. Haa.. yang ni Momi tak sempat masuk sebab dia perlukan masa yang agak lama nak habiskan ya hehe.


Jump Street @ Austin Heights
Mereka yang suka aktiviti lompat-lompat , boleh lah singgah dekat sini. Yang ni pon Momi tak sempat nak masuk sebab masa tak cukup hehe. Seronok jugak tengok orang melompat-lompat nih hehe.Nak tengok more gambar dekat Jump Street ni boleh tengok dekat sini : Photo Gallery .


Skating Rink @ Austin Heights
Percaya atau tidak? Ini pertama kali Momi main ice skating. Memandangkan rakan-rakan semua dah masuk, tetiba Momi pon masuk je lah walaupun takut hahaha. Paling tak menariknya, Momi habiskan masa 10 minit je untuk pakai kasut skate ni haha. Tu lah sebab saiz kaki besar sangat sampai bertukar-tukar kasut skate ni haha. Momi berada dalam ice tu dalam 5-7 minit , tak tahan sebab kasut ketat hahaa. Untuk korang, ia sangat menyeronokkan ya. anda patut cuba! hehe.


Drift in Austin
Haaaa... memandangkan rakan-rakan mencuba nak drift, jadi Momi pon nak cubalah nak drift bersama mereka. Okay. Drift ni menarik sebenarnya, lagi-lagi bila anda bersama kawan-kawan memang seronok lah kacau diorang haha. Dalam kes ini, Momi adalah seorang pemandu yang cermat (walaupun in real life pegang steering kereta nak pengsan! haha). Korang diberi masa dalam 7-10 minit dalam track tu, haa mainlah puas-puas haha.


Harga Tiket Austin Heights Water & Adventure Park

Water Park 
DEWASA (12 Tahun & Ke Atas) - RM118
KANAK-KANAK (Bawah 12 Tahun) - RM98
KANAK-KANAK (Bawah 3 Tahun) - RM12

Adventure Park 
DEWASA (140cm keatas) - RM118
KANAK-KANAK (140cm keatas/Bawah 12 Tahun) - RM98

Jump Street @ Austin Heights
OFF PEAK - RM22/1 Jam
PEAK (WEEKEND) - RM27/1 Jam

Skating Rink @ Austin Heights
DEWASA (12 Tahun & Ke Atas) - [RM15 (Hari Biasa)/ RM25 (Hari Minggu)]
KANAK-KANAK (Bawah 12 Tahun) - [RM12 (Hari Biasa)/ RM22 (Hari Minggu)]

Drift in Austin 
Hari Biasa - RM20
Hari Minggu / Cuti Umum / Cuti Sekolah - RM25
*10 minit setiap sesi

COMBO (Water Park & Adventure Park)
DEWASA (12 Tahun & Ke Atas) - RM188
KANAK-KANAK (Bawah 12 Tahun) - RM158

Tempah Tiket Anda Di sini!


Waktu Beroperasi Austin Heights Water & Adventure Park

Water Park - 10.00 Pagi - 7.00 Malam
Adventure Park - 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Jump Street @ Austin Heights - 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Skating Rink @ Austin Heights - 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Drift in Austin - 10.00 Pagi - 10.00 Malam

Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Austin Height Water & Adventure Park & Rush Media atas peluang ini. Memang 'short vacation' yang sangat menyeronokkan.  Rasa nak pergi lagi je nih hehehe. Tunggu apa lagi jom kita riuhkan Austin Heights Water & Adventure Park bersama keluarga & kawan-kawan! :)




















Austin Heights Water & Adventure Park 
No. 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Phone : +6019 716 3183
Fax : +607 360 3000
Email : ask@funtime.my

www.funtime.my 

**foto kredit kepada Rafzan Tomomi & Geng Trip Ke Johor :)

Post a Comment

0 Comments