Panggung Wayang Dalam Hotel?

Austin Heights Golf & Hotel Resorts Review

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Anda pernah tak tengok wayang dalam hotel? Kalau tak pernah ni Momi nak cerita dekat anda semua yang Momi sendiri pernah alami menonton wayang sambil baring dalam Hotel.  Dekat mana tu? Haaa.. mesti nak tahu kan. Entri ini adalah sambungan dari entri sebelum ini : Menikmati Suasana Kampung 'DesaStay' Johor.

Austin Heights Golf & Hotel Resorts Review
View Austin Heights Golf & Hotel Resorts 

Hotel yang Momi maksudkan ialah Austin Heights Golf & Hotel Resorts yang terletak di Johor Bahru. Austin Golf Heights & Hotel Resort terletak hanya 15 kilometer dari tambak Johor Bahru dan kurang daripada 30 minit dari Singapura melalui link EDL. Lokasi yang strategik di puncak bukit, akan membawa anda ke panorama pemandangan sekitar Austin Heights Township dan kini mercu tanda yang diiktiraf di bandar Johor Bahru. Dengan 65 suite yang direka indah bersama-sama dengan dan pelbagai kemudahan ditempatkan di bawah satu bumbung termasuk Panggung Wayang ekslusif, Bowling, Jacuzzi dan beberapa kemudahan lain yang disediakan. 

Austin Heights Golf & Hotel Resorts Review
Panggung Wayang Dalam Hotel Austin Heights Golf & Hotel Resorts 

Berbalik kepada tajuk utama entri. Momi teruja menginap di Austin Heights Golf & Hotel Resorts ni sebab ada panggung wayang eksklusif untuk mereka yang menginap disini. Semasa Momi dan rakan blogger berada disini, kami diberi peluang untuk merasai tengok wayang sambil baring atas katil yang empuk dan selasa.

Austin Heights Golf & Hotel Resorts Review
Menonton Sambil Baring memang selasa :)

Bukan tu sahaja, bantal katil tu boleh digerakkan atas ke bawah, mengikut keselesaan anda sama ada nak baring atau duduk.  Silap-silap korang boleh tertidur hehehe. Anda boleh request nak tengok filem apa, berdasarkan list yang mereka bagi. Bayaran untuk panggung wayang ni RM10 sahaja. Tengok ramai-ramai baru lah syok.

Austin Heights Golf & Hotel Resorts Review
Test menari dulu hahahaa

Harga Bilik Austin Heights Golf & Hotel Resort 

- PREMIUM FAMILY SUITE (bersama 2 katil bersaiz KING)
(2 pax termasuk Kolam Renang, Jacuzzi & Sauna) bermula dari RM280++

- SUPERIOR HONEYMOON SUITE (tanpa ruang tamu)
(2 pax termasuk Kolam Renang, Jacuzzi & Sauna) bermula dari RM380++

-PREMIUM HONEYMOON SUITE (dengan ruang tamu)
(2 pax termasuk Kolam Renang, Jacuzzi & Sauna) bermula dari RM440++

- PRESIDENT SUITE (dengan 2 Bilik Tidur Utama)
(4 pax termasuk Kolam Renang, Jacuzzi & Sauna) bermula dari RM700++

-PLATINUM FAMILY SUITE (dengan 1 Bilik Tidur Utama + 2 Bilik Kecil)
(6 pax termasuk Kolam Renang, Jacuzzi & Sauna) bermula dari RM900


Masa tu Momi sebilik dengan Blogger - Iskandar , masuk je ingat salah bilik, rupanya itu memang bilik yang mereka sediakan untuk kami. Maksimum dalam bilik PREMIUM FAMILY SUITE ni sehingga 7 orang, jadi memang sesuai kalau datang dengan keluarga. Lepas tu dekat pulak dengan Austin Heights Waterpark. Jom tengok sikit bilik yang Momi dengan Is duduk tu :

Austin Heights Golf & Hotel Resorts Review
Katil King Size! 

Austin Heights Golf & Hotel Resorts Review
Ruang Bilik di Austin Heights Golf & Hotel Resorts 

Bahagian Almari & Tempat letak barang Austin Heights Golf & Hotel Resorts

Tandas dalam bilik Austin Heights Golf & Hotel Resorts 

Austin Heights Golf & Hotel Resorts Review 
Pemandangan luar yang menarik , siap nampak padang golf lagi. Best best. Oh ya, cakap pasal padang golf ,kami juga diberi peluang untuk jalan-jalan dekat sekitar padang golf dengan menaiki bugi golf yang dipandu oleh Iskandar dan berdiri dibelakang, Blogger - Afzal haha. Bukan itu sahaja, kami juga beri peluang merasai mandi jacuzzi dan juga sauna hehe. :) Jom tengok apa lagi menarik sepanjang penginapan kami 2 hari 1 malam :)

Austin Heights Golf & Hotel Resorts Review
Meriah betul. haha

Ini lebih meriah hahaha!

Austin Heights Golf & Hotel Resorts Review
terpegun tengok padang golf.

Austin Heights Golf & Hotel Resorts Review






















Terima kasih kepada pihak Austin Heights Golf & Hotel Resorts , Johor Bahru atas layanan dan penginapan yang terbaik dan awesome. In shaa Allah nanti Momi repeat lagi datang bersama keluarga hehe. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi : 

Tel: +607- 352 4300
Fax: +607- 353 8500
Email: reservation@austingolfresort.com

Alamat Austin Heights Golf & Hotel Resorts :
Austin Heights Golf & Hotel Resort
Lot Ptd 58061, 
Jalan Mutiara Emas 8,
Taman Mount Austin, 
81100 Johor Bahru, Malaysia.

**all photos credit to myself, Iskandar, Fakhrul Islam & Blogger Trip ke Johor.

Post a Comment

2 Comments