Ujibakat AF2016

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Akademi Fantasia (AF2016) bakal kembali dengan musim terbaru pada tahun 2016! kira-kira dah masuk musim ke-13 Akademi Fantasia hehe. Tengah-tengah scroll Instagram tu, tetiba ternampak iklan Ujibakat AF 2016. So cepat-cepat Momi update nih haha. Selepas Kejayaan Sufi sebagai Juara AF2016, siapa pula yang akan memegang title Juara AF2016 ni? Masih terlalu awal kot nak tahu haha!


Untuk korang yang dah lama nak masuk AF tu ape lagi, ujibakat untuk 'online' dah pun bermula dari hari ini (9 Jun 2016) sehingga 24 Jun 2016 . Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan Singapura dan peserta mestilah berumur 18 tahun - 35 tahun sahaja, yang menyanyi secara solo Siapa yang nak join tu, jom tengok syarat mudah Ujibakat Online AF2016 melalui Instagram :

- Caranya mudah sahaja, videokan nyanyian anda yang berdurasi 1 minit, muat naik ke akaun Instagram masing-masing dan pastikan akaun aktif dan tidak diprivasikan.

- Setiap video yang diupload WAJIB disertakan dengan hashtag #BakatAF2016 dan tagkan kepada Instagram @AkademiFantasia. Wajib follow akaun Instagram @AkademiFantasia ya.

- Peserta yang mempunyai kualiti nyanyian yang baik dan memenuhi kriteria yang dicari oleh para juri, akan disenarai pendek dan menyertai uji bakat melalui ‘fast lane’.

- Uji bakat ‘fast lane’ ialah peserta yang terpilih dari #BakatAF2016 tidak perlu melalui uji bakat di ‘stage pertama’, akan terus ke ‘stage kedua’ secara automatik sebelum mara ke peringkat seterusnya.

- Jangan lupa  hantarkan penyertaan korng bermula 9 Jun hingga 24 Jun ini.

Sumber: Tarikh Dan Lokasi Ujibakat AF 2016 Akademi Fantasia Astro | melvister.com 

Syarat Ujibakat AF 2016 (Terbuka)

- Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan Singapura berumur antara 18 – 35 tahun pada 1 Jun 2016.
- Peserta mestilah warganegara Malaysia dan Singapura dan mestilah mempunyai Kad Pengenalan (NRIC) atau Kad Pengenalan Singapura dan/atau pasport.
- Satu (1) salinan Kad Pengenalan Malaysia, untuk peserta Malaysia dan Kad Pengenalan Singapura dan/atau Pasport Singapura bagi peserta Singapura
- Dua (2) gambar terbaru bersaiz 4R (1 separuh badan, 1 gambar penuh) daripada peserta;
- Satu (1) gambar pasport terbaru peserta
- Terbuka untuk persembahan Solo sahaja

Senarai Lagu Ujibakat AF 2016 Peserta Lelaki
- Love Yourself- Justin Bieber
- Hidup dalam Mati- Syamel
- Dahsyat- Mojo
- Cinta Tak Keruan- Amigos
- Pantun Budi- Tan Sri SM Salim
- Sudah Ku Tahu- Projector Band
- Sampai Mati - Hazama
- Potret- Hakim
- Pawana- Search
- Memori Berkasih - Nana & Achik

Senarai Lagu Ujibakat AF 2016 Peserta Wanita
- Flashlight - Jessie J
- Anggapanmu - Ziana Zain
- Langit Cinta - Dayang Nur Faizah
- Sakitnya Tu Disini - Cita-Citata
- Joget Sayang Di Sayang - Anita Sarawak
- Not For Sale - Stacy
- Seluruh Cinta - Siti Nur Haliza
- Pencuri Hati - Ayda Jebat
- Permata Pemotong Permata - Ella
- Memori Berkasih - Nana & Achik

Sumber: Tarikh Dan Lokasi Ujibakat AF 2016 Akademi Fantasia Astro | melvister.com 

Lokasi Ujibakat AF2016

- 15 – 17 Julai 2016 : The Boulevard – St Giles Premier Hotel, Mid Valley Kuala Lumpur


Siapa yang nak join tu, cepat-cepat ler join hehe. Mana tahu rezeki terus pass peringkat 2 hehe. Goodluck siapa yang masuk okay.

Sumber : www.af.com.my


Syarat Ujibakat Online AF2016 | Syarat Ujibakat AF2016 | Lokasi Ujibakat AF2016 | Tarikh Ujibakat AF2016 | Senarai Lagu Wajib Ujibakat AF2016 | Syarat Ujibakat Online Akademi Fantasia 2016 | Syarat Wajib Ujibakat Akademi Fantasia 2016 | Lokasi Ujibakat Akademi Fantasia 2016 | Tarikh Ujibakat Akademi Fantasia 2016 | Senarai Lagu Wajib Ujibakat Akademi Fantasia 2016