#MovieReview - Redha

11:09:00 Rafzan Tomomi 6 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Sempena Bulan Kesedaran Autisme Sedunia, Tunku Mona Riza tampil dengan hasil karyanya mengenai kanak-kanak autisme. Filem "Redha" yang di inspirasikan dari kisah sebenar ini ingin menceritakan dan beritahu bagaimana penerimaan anggota keluarga dan orang sekeliling terhadap anak istimewa ini. Dah bersedia untuk baca review? ::Amaran : Spoiler:: 

Saksikan Trailer "Redha"!
Download Redha 2016

SINOPSIS REDHA
Alina dan Razlan bergelut untuk membesarkan anak lelaki mereka Danial yang mengidap autism. Razlan yang tidak dapat menerima hakikat telah menyebabkan rumah tangga mereka goyah. Namun Alina terus berusaha dan mereka berjaya mengurus dan membesarkan Danial dalam tempoh sukar, malah mereka berjaya memperbaiki kualiti hidup anak mereka. Tetapi apabila satu insiden berlaku, ia sekali lagi menguji keluarga itu.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 April 2016
Genre: Drama / Kekeluargaan
Durasi: 1 Jam 45 Minit
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Namron, Junainah, Harith Haziq, Izzy Reef, Nadiya Nissa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, Susan Lankester
Pengarah: Tunku Mona Riza
Format: 2D



REVIEW
Momi rasa sangat beruntung sebab berkesempatan untuk menonton filem yang indah ini. Terus terang filem ni memang sedikit lambat jalan ceritanya tetapi selepas menonton kita pasti akan faham apa itu autism. Korang juga akan merasakan apa perasaan yang dialami oleh anggota keluarga kanak-kanak autism tu. Ada setengah babak akan buat korang rasa sebak. Semua pelakon melakonkan watak dengan sangat baik terutamanya watak Danial semasa kecil dan besar, watak Alina (ibu kepada Danial) & Razlan (Ayah Danial). Keseluruhannya, Momi berpuas hati dengan filem ini. Mungkin tak sehebat filem aksi atau filem cinta , tapi mesej yang disampaikan tepat ke hati. Tahniah buat pengarah filem "Redha", Tunku Mona Riza. Jangan lupa saksikan dekat GSC, sebab RM1 dari harga tiket akan disumbangkan ke The National Autism Society of Malaysia (NASOM).

Dengan ini, Momi nak bagi
3.5 / 5 
BINTANG

Poster Redha 2016 Download | Redha 2016 Subtitle | Sinopsis Redha 2016 Synopsis | Poster Redha 2016 Review | Poster Redha 2016 | Redha 2016 Torrent | Review filem Redha 2016 | Barisan pelakon Redha 2016 |  Review film Redha 2016

6 comments:

  1. wahhh ain nak kena tengok jugak nie

    ReplyDelete
  2. momi..memang ramai cakap citer ni best syahdu...nak kene tgk jugak la macam nie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu. memang syahdu. jgn lupa tengok okay :)

      Delete
  3. Cmne nk download cter ni?

    ReplyDelete
  4. mne nk cri cerita ni . cari tak jumpa dri harituh

    ReplyDelete