Movie Review - The Revenant

 Movie Review - The Revenant

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Unexpectedly, Momi nak tengok filem ni sebab filem ini memenangi 3 awards Golden Globe Awards 2016. Bukan itu sahaja, filem yang Momi nak review ni tercalon sebanyak 12 awards di 88th Academy Awards (Oscar). Filem "The Revenant" memang buat Momi sangat terkejut dan terbeliak mata tengok. Nak tahu kenapa? Terus membaca. :) ::Amaran : Spoiler::

Download The Revenant 2015


SINOPSIS "THE REVENANT"
Filem adaptasi novel arahan Alejandro G. Iñárritu mengisahkan seorang penjerat yang bernama Hugh Glass yang diserang oleh beruang dan dirompak serta ditinggalkan untuk mati oleh rakan-rakannya. Glass kini terperangkap dan perlu hidup dalam persekitaran yang ekstrim, iaitu cuaca sejuk dan juga berperang dengan puak Orang Asli Amerika. Dia juga ingin membalas dendam terhadap mereka yang mengkhianatinya. Filem ini ditayangkan pada Disember 2015 di US dan di Malaysia pada 4 Februari 2016. 'The Revenant' membariskan pelakon seperti 

GANAS MELAMPAU
No wonderlah filem ini diratekan sebagai '18' sebab ada banyak aksi bunuh membunuh, menembak dan banyak lagi yang akan buat korang terbeliak biji mata. Momi yang tengok pon sampai tutup tutup mata nih haha. Part berdarah tu jangan ceritalah. Adengan orang kena panah tepat kat kepala pon ada hahaha. Memang ganas.


KAMERA YANG AWESOME!
Terpegun seketika dengan senimatografinya yang cantik. Momi sangat impress dengan kamera yang menggunakan 1 shot sahaja untuk scene bergaduh , bertempur dan banyak lagi. Filem ini dikatakan tidak menggunakan cahaya lampu, dan menggunakan pengcahayaan semula jadi . Wah memang cantik. :)


TERASA BERADA DALAM FILEM
Masa menonton filem ini Momi seolah-olah berada dalam filem mungkin sebab terlalu menghayati watak kot haha. Bukan tu je, tiba-tiba rasa aircond dalam wayang tu macam sangat sejuk pulak memandangkan filem ni memang berlaku pada musim salji. Momi nak puji kesungguhan lakonan Leonardo DiCaprio yang betul betul buat Momi rasa kesakitan macam yang dilalui oleh watak Glass tu.


BERAPA BINTANG?
Setelah menonton filem yang ganas dan buat Momi banyak terperanjat ni, Momi nak bagi 4.5 bintang untuk filem "The Revenant" ini. Tahniah untuk mereka sebab filem ni Box office lebih dari 300 juta Dollar. *tepuk-tepuk* . Yang mana sempat tu, boleh lagi menonton kat wayang. hehe

The Revenant 2016 Download | The Revenant 2016 Subtitle | Sinopsis The Revenant  2016 Synopsis | The Revenant  2016 Review | Poster The Revenant  2016  | The Revenant 2015 Torrent | Review filem The Revenant  2016 | Barisan pelakon The Revenant  2016 

Post a Comment

0 Comments