Movie Review - Munafik

Movie Review - Munafik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kalau sebelum ni korang pernah tengok filem "Khurafat". Haa kini Syamsul Yusof kembali untuk menghantui pawagam berhampiran korang menerusi filem "Munafik". Kalau tak silap ini filem melayu ke-3 yang Momi tengok untuk tahun 2016. Seram ke tak tu? ::Amaran : Spoiler:: 

Download Munafik 2016
SINOPSIS MUNAFIK
Seorang pengamal perubatan Islam bernama Adam tidak dapat menerima takdir apabila isterinya meninggal dunia. Dia bersetuju untuk mengubati seorang wanita bernama Maria yang diganggu syaitan tetapi dia kemudian melalui pelbagai pengalaman pelik. Filem "Munafik" dibintangi oleh Syamsul Yusof, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 25 Februari 2016
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: SKOP PRODUCTION
Pengarah: Syamsul Yusof
Format: 2D



SERAM TAK?
Pada permulaannya tak seram sangat cuma sound yang buat filem tu jadi seram. Bila dah masuk tengah filem betul terasa seram dia. Lagi-lagi masa scene Ustaz Adam lawan Maria yang kena rasuk. Perghh memang terbeliak biji mata Momi tengok. Lepas tu kalau ada scene 'jump scare' jangan cakap, memang terkejut woi haha. Ada banyak lagi, tapi tak nak lah cerita. Nak suruh korang pergi tengok hehe. Jalan cerita dia memang mendebarkan dan penuh tanda tanya.


LAKONAN NABILA HUDA SUPERB!
Serius lakonan Nabila Huda dalam filem ni sangat superb dan awesome. Lagi-lagi part masa dia kena rasuk tu, memang menjadi dan seram gilers. Bukak tutup mata masa menonton tu. Scene tu buat Momi teringat-ingat sampai sekarang! haha . Tengok je la gambar diatas tu. haha


USTAZ ADAM
Kisah ni lebih kepada Ustaz Adam sebenarnya. Selepas 3 bulan pemergian isterinya, Ustaz Adam ni macam tak berapa kuat dan masih teringatkan arwah isterinya. Dia memang mencari siapa yang langgar lari sehingga meragut nyawa isterinya. Bahagian ending dia memang unexpected, dan sangat perit untuk Ustaz Adam.


BERAPA BINTANG?
Momi dengan ini ingin memberi 4 / 5 bintang untuk keseluruhan untuk filem ini. Actually Momi banyak tutup mata dan telinga dari menonton hahaa. Pada awalnya perlahan sikit tapi sampai tengah cerita memang dah meremang bulu roma. Momi puas hatilah menonton walaupun ada sound effect dia terlalu kuat hehe. btw, cerita dia memangn seram dan banyak scene yang mendebarkan jantung korang. Untuk pengetahuan korang, masa Momi tengok wayang filem ni hampir penuh seat okay. hehe



Munafik 2016 Download |  Munafik 2016 Subtitle | Sinopsis Munafik  2016 Synopsis | Munafik Review | Poster Munafik 2016 | Munafik  2016 Torrent | Review filem Munafik 2016 | Barisan pelakon Munafik 2016 

Post a Comment

2 Comments

Cik Itah said…
nak tengokkkk..bilala gaji nak masuk acc ni kalau tak boleh jgk g tengok wayang huhhuhu
Rafzan Tomomi said…
nanti bila gaji dah masuk. pergi tengok tau hehe