#MovieReview - Joy

17:19:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Joy? Joy dari "Inside Out" ke? bukan. Ini adalah kisah "Joy" yang menghadapi suka duka dalam kehidupannya. Filem bergenre drama komedi ini menjadi pilihan Momi untuk menonton sebab ada Jennifer Lawrence. Jennifer Lawrence telah memenangi anugerah Best Actress in a Motion Picture – Comedy or Musical di Golden Globe Awards baru-baru ini. Kelakar ke watak "Joy" ni? ::Amaran : Spoiler:: 


Download Joy 2016
SINOPSIS JOY
Filem arahan Jason Winer ini mengisahkan tentang seorang pustakawan di New York mengidap satu penyakit serius yang akan menyebabkannya pengsan setiap kali dia berasa gembira. Dia kemudian telah mengasingkan diri demi melindungi dirinya sendiri daripada malu apabila pengsan di tempat awam. Tetapi semuanya mula berubah apabila dia bertemu dengan seorang wanita. Filem ini menampilkan pelakon seperti Jennifer Lawrence, Robert De Niro, Édgar Ramírez, Bradley Cooper, Elisabeth Röhm, Dascha Polanco dan Isabella Rossellini.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 18 Februari 2016
Genre: Komedi / Drama
Durasi: 2 Jam 4 Minit
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Format: 2D


JENNIFER LAWRENCE SEBAGAI "JOY"
Mula-mula tadi Momi dah mention yang Momi tengok filem ni sebab ada Jennifer Lawrence. Memang suka lakonan dia yang bersahaja je. Jika sebelum ini kita pernah tengok beliau sebagai "Katniss" dalam filem "The Hunger Games" sangat berbeza dengan watak "Joy". Watak Joy lebih kepada seorang ibu yang tabah dan kuat. Lakonan watak lain juga memberi kesan ketika menonton, macam ayah Joy yang 'menjengkelkan' , kakak Joy yang selalu dengki dengannya dan macam-macam lagi.

SARA KELUARGA
Joy terpaksa menyara keluarganya untuk terus hidup. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh Joy. Dia kena uruskan hal rumah, anaknya dan juga ibu bapanya. Lebih sakit lagi bila dia terpaksa tinggal dengan bekas suaminya. How come dah cerai tapi tinggal sebumbung? haha . Bila korang tengok Joy, korang mesti kesian sebab semua benda dia nak kena uruskan. hmm


HALANGAN
Pelbagai halangan yang perlu ditempuh oleh Joy, bukan sahaja oleh orang luar malah keluarganya sendiri untuk menjadikan beliau seorang wanita yang berjaya. Sesuatu yang harus dipuji dengan watak Joy ni ialah dia tak mudah tak mengalah walaupun ditindas oleh orang sekelilingnya.

BERAPA BINTANG?
Momi dengan ini ingin memberi 4/5 bintang untuk keseluruhan untuk filem ini. Jalan cerita "Joy" ni bagi Momi memang menarik dan kelakar walaupun agak lambat sikit perjalanan cerita dia. Well, genre drama kan? Bila masuk part tengah konfem korang bersemangat nak tengok hehe. Filem ini ditayangkan 'exclusive' di GSC yang terpilih sahaja. Jangan lepaskan peluang menonton


Joy 2016 Download |  Joy 2016 Subtitle | Sinopsis Joy 2016 Synopsis | Joy Review | Poster Joy 2016 | The Joy 2016 Torrent | Review filem Joy 2016 | Barisan pelakon Joy 2016 

2 comments:

  1. ok sebab katnis belakon, aku nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok. hehe harap tak tidur dalam wayang.
      eh? haaha

      Delete