#MovieReview - The Finest Hours

17:50:00 Rafzan Tomomi 4 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Apa yang korang akan lakukan jika korang terperangkap dalam kapal yang terbelah dua dan masih boleh bergerak? I have no idea! haha Filem "The Finest Hours"yang diadaptasi dari kisah sebenar memang akan buat korang neves semasa menonton. Kenapa Momi kata neves? Teruskan membaca. ::Amaran : Spoiler:: 

Download The Finest Hours 2016


SINOPSIS THE FINEST HOURS
Filem arahan Craig Gillespie ini mengisahkan tentang misi menyelamat yang berlaku pada tahun 1952, apabila dua kapal tangki minyak SS Fort Mercer dan SS Pendleton musnah akibat dipukul ombak besar dan angin. Penyelamat cuba menyelamatkan kesemua kru kapal tersebut. "The Finest Hours" menampilkan lakonan hebat dari Chris Pine, Casey Affleck, Ben Foster, Holliday Grainger, John Ortiz, Eric Bana dan ramai lagi. (P13)



MISI MENYELAMAT YANG MENDEBARKAN!
Filem ni bukanlah seperti filem Titanic. Filem "The Finest Hours" ini memfokuskan mereka yang terperangkap dalam separuh kapal yang terbelah dua dan pasukan penyelamat ketika ribut melanda. Part paling mendebarkan semasa kapal tersebut terbelah dua, berlaku dalam sekelip mata je. Fuhh~ Lepas tu, masa 4 penyelamat nak cari kapal semasa ribut tu memang sangat awesome masa diorang nak melepasi ombak-ombak besar. memang mendebarkan. Bukan tu je, macam biasa bila dalam ketakutan mesti ada pertelingkahan , masa ni memang stress sangat sama ada diorang ni hidup atau tak? hmm

BACK TO 1950-an!
Seperti biasa Momi mudah impress dengan set yang membangkitkan tahun dalam filem tersebut. Memang 1950 betul! hehe. Dari tempat tinggal, fesyen, kereta dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan korang, filem ni penuh dengan putih salji dan air laut. hehe.  


KISAH CINTA WEBBER & MIRIAM
Macam cerita Titanic tapi bukan dia haha. Kisah cinta mereka bermula dari awal cerita. Demi membuktikan yang Miriam sangat cintai Webber, Miriam sanggup datang ke tempat kerja Webber dan cari Webber. Bukan tu je, Miriam ni memang seorang yang degil dan yakin dengan Webber akan selamat pulang.

BERAPA BINTANG?
Momi dengan ini ingin memberi 3.5/5 bintang untuk keseluruhan untuk filem ini. Filem ni macam filem berkaitan sejarah jugak. Momi suka juga filem yang diadaptasi dari kisah sebenar. Masa Ending credits, ada tunjuk mereka yang melalui kisah seperti dalam filem The Finest Hours.


The Finest Hours 2016 Download |  The Finest Hours 2016 Subtitle | Sinopsis The Finest Hours 2016 Synopsis | The Finest Hours 2016 Review | Poster The Finest Hours  2016 | The Finest Hours  2016 Torrent | Review filem The Finest Hours  2016 | Barisan pelakon The Finest Hours  2016 

4 comments:

  1. okeh.

    macam best juga cerita nih nampaknya ehh..

    ReplyDelete
  2. Fuh. Best gila.. suka cerita pasal Sejarah, serious tak tipu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kee?? hahaaha.. Memang tepat dengan citarasa anda. hehe

      Delete