#MovieReview - Friend Request

13:47:00 Rafzan Tomomi 6 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak Momi nak review filem seram berkaitan dengan Facebook, "Friend Request". Kebetulan banyak betul cerita seram minggu lepas dan ramai pagi review yang baik, jadi apa kata saya pergi menonton hehe. Seram sampai tahap mana tu? Jom baca review selanjutnya :) ::Amaran : Spoiler::

Download Friend Request 2016

Info Filem
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2016
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pengedar: RAM ENTERTAINMENT
Pelakon: Alycia Debnam-Carey, William Moseley, Connor Paolo, Brit Morgan
Pengarah: Simon Verhoeven
Format: 2D
(sumber : cinema.com.my)

(sumber : google.com)
Sinopsis
Apabila seorang pelajar kolej menolak permintaan rakan oleh seorang gadis misteri dalam laman sosial, dia mendapati dirinya terpaksa berhadapan dengan roh jahat yang mahu membunuh rakan-rakan baiknya. (sumber : cinema.com.my)



Apa Kata Rafzan Tomomi?

01 Seram ke tak?
Apa yang boleh Momi katakan, ia seram jugaklah. Banyak adengan yang mengejutkan dan banyak darah, memang dia tunjuk macam mana kawan-kawan Laura dibunuh. no wonderlah '18' tahun ke atas je boleh tengok hehe.

02 Hantu Alaf Baru
Yupp. Hantu dalam filem ni memang hantu alaf baru. Dah pandai ganggu orang melalui Facebook je haha. Filem ni lebih kepada 'balas dendam' atas perbuatan Laura yang 'remove' Marina dekat Facebook sebab Laura rasa rimas dan anggap Marina tu pelik. Dari situ bermula la kisah dendam Marina dekat Laura tu. Hantu pon terror 'coding' ye gais hehe.


03 Sama dengan "Unfriended"?
Ramai orang mesti akan cakap filem ni macam filem "Unfriended" (2014). Secara amnya, ya sebab hantu yang boleh ganggu melalui talian internet je. Tapi filem ini berbeza banyak dari 'Unfriended', 'Friend Request' mostly berkaitan dengan Facebook dan kisah Marina lebih sadis dari kisah Laura Barns (Unfriended) yang merupakan mangsa buli siber. Si Marina ni jadi macam tu atas sebab tersendiri dan lebih dahsyat (nak tahu kenapa, kene tengok! ;P). Dibandingkan antara dua filem ini, Momi rasa lebih suka 'Unfriended' lagi hee.

04 Apa yang bestnya filem ni?
Filem ni secara keseluruhannya menarik untuk korang pergi tonton. Pelbagai persoalan bermain difikiran bila tengok si Marina tu & kenapa dia marah sangat dekat si Laura ni. Siapa yang obses dengan Facebook tu, hati-hati la ye , sebab remove kawan dari Facebook jadi macam-macam hahaha *gurau*




Rate
Dengan ini Momi memberi 4 / 5 bintang.

Friend Request 2016 Download | Friend Request 2016 Subtitle | Sinopsis Friend Request 2016 Synopsis | Friend Request 2016 Review | Poster Friend Request 2016  | Friend Request 2016 Torrent | Review filem Friend Request 2016 | Barisan pelakon Friend Request 2016 

6 comments:

  1. unfriended bosann hahaha harap friend request ni best.. maju la dunia sekarang ..

    ReplyDelete
  2. Hantu pun pandai guna teknologi dah.. Banyak terima friend request yang pelik2.. haha.. cam nak kena accept semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp.. hantu ni lebih maju setapak hahaha

      Delete
  3. bole x bg ending cite ni?
    i tgk sekerat je kat cinema because x tahan sgt tgk adegan seram die...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ending dia...hmm
      semua kawan laura mati, laura jadi lonely

      Delete