#MovieBaru | Filem Menarik Januari 2016


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Mulai Januari 2016 Momi akan listkan beberapa filem yang best untuk pilihan korang yang suka tengok wayang tu. Setiap minggu ada je filem-filem baru yang akan ditayangkan dipawagam. Januari 2016 akan membariskan filem-filem yang tak kurang juga hebatnya. Dah bersedia? Sediakan duit untuk tengok wayang nanti hehe.

7 Januari 2016

Filem : The Forest
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2016
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 35 Minit
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pelakon: Natalie Dormer, Taylor Kinney, Eoin Macken
Pengarah: Jason Zada
Format: 2D
Sinopsis : 
Berlatarbelakangkan Hutan Aokigahara, Jepun yang mana merupakan tempat orang menamatkan hidup mereka di situ. Seorang wanita Amerika, Sara, telah ke tempat tersebut bagi mencari kembarnya yang hilang secara misteri. Walaupun ramai orang memberi amaran kepadanya supaya tidak melalui tempat itu, namun Sara memberanikan diri masuk ke hutan untuk mencari kebenaran mengenai nasib kembarnya itu. Bagaimanapun dia terpaksa berdepan dengan roh-roh yang marah dan akan menyerang sesiapa yang melalui tempat mereka.


Filem : Friend Request
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2016
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pengedar: RAM ENTERTAINMENT
Pelakon: Alycia Debnam-Carey, William Moseley, Connor Paolo, Brit Morgan
Pengarah: Simon Verhoeven
Format: 2D
Sinopsis:
Apabila seorang pelajar kolej menolak permintaan rakan oleh seorang gadis misteri dalam laman sosial, dia mendapati dirinya terpaksa berhadapan dengan roh jahat yang mahu membunuh rakan-rakan baiknya.

ReviewTrailer

Filem : Langit Cinta
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2016
Genre: Drama / Romantik
Durasi: 2 Jam
Pengedar: TAYANGAN UNGGUL
Pelakon: Nur Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleha, Jalaluddin Hasan, Ogy Ahmad Daud
Pengarah: Osman Ali
Format: 2D
Sinopsis :
Alif Zulkarnain seorang anak yang patuh pada ibu bapa dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Khadijah. Walaupun hubungan itu ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Dari situ, kehidupan Alif dilanda pelbagai dugaan. Cabaran demi cabaran harus ditempuh oleh dua insan itu.


14 Januari 2016


Filem : The 5th Wave
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2016
Genre: Fiksyen Sains
Durasi: 1 Jam 52 Minit
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pelakon: Chloë Grace Moretz, Nick Robinson, Alex Roe, Maika Monroe, Liev Schreiber
Pengarah: J Blakeson
Format: 2D, 2D D-BOX
Sinopsis : 
Filem arahan J Blakeson ini mengisahkan tentang seorang remaja perempuan bernama Cassie, yang terdesak untuk menyelamatkan adik lelakinya selepas serangan makhluk asing memusnahkan hampir keseluruhan bumi.

Review | Trailer
Filem : Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2016
Genre: Aksi / Drama
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: SKOP PRODUCTION
Pelakon: Pekin Ibrahim, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Cat Farish
Pengarah: Pekin Ibrahim
Format: 2D
Info :
Filem ini mengisahkan tentang perjalanan mat moto dalam berkongsi minat sukan permotoran yang sering disalah tafsir oleh masyarakat zaman sekarang. Ia juga memaparkan pengembaraan mat moto di seluruh pelusuk Malaysia dalam mencari erti persahabatan dan keseronokan berkongsi minat yang sama.

Review | Trailer

21 Januari 2016

Filem : The Boy
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2016
Genre: Ngeri
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Lauren Cohan, Rupert Evans, Ben Robson
Pengarah: William Brent Bell
Format: 2D
Sinopsis :
Seorang wanita bernama Greta telah mengambil kerja sebagai pengasuh di sebuah perkampungan terpencil Inggeris. Apabila dia tiba, dia mendapati budak lelaki berusia 8 tahun yang perlu dijaga sebenarnya patung porselin yang mana ibu bapanya melayannya seperti budak sebenar selepas kematian anak lelaki mereka. Selepas melanggar beberapa peraturan, beberapa kejadian aneh berlaku membuatkan Greta semakin yakin bahawa patung itu sebenarnya hidup.

Review | Trailer

Filem : Ride Along 2
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2016
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: 1 Jam 42 Minit
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Ice Cube, Kevin Hart, Tika Sumpter, Benjamin Bratt, Ken Jeong, Olivia Munn
Pengarah: Tim Story
Format: 2D
Sinopsis : 
Ben Barber baru sahaja keluar dari akademi polis dan kini menjadi polis Atlanda P.D. Dia mahu menjadi seorang detektif. Dia bakal berkahwin dengan Angela, adik rakan sekerjanya James. Ben dan James kemudian telah diarahkan oleh ketua mereka Lt. Brooks untuk mengendalikan satu kes besar di Miami yang mana mereka perlu bekerjasama dengan polis Miami P.D.

Review | Trailer

28 Januari 2016

Filem : Ola Bola
Bahasa: Inggeris / Melayu / Mandarin / Tamil
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 28 Januari 2016
Genre: Drama / Sukan
Durasi: 
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Chee Jun Cherng, Luqman Hafidz, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae
Pengarah: Chiu Keng Guan
Format: 2D
Sinopsis :
Diinspirasikan daripada kisah benar mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekaligus muncul sebagai wira negara. Kehilangan Tauke yang mengundur diri gara-gara masalah kewangan menyukarkan skuad itu, namun segala rintangan dapat diatasi dengan kehadiran `pemain no. 12`, iaitu ribuan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong skuad negara di stadium ketika berdepan lawan yang jauh lebih kuat waktu itu.

Review | Trailer

fin.
sumber & info dari cinema.com.my
Filem Menarik Januari 2016 | Senarai Filem Januari 2016 | Filem Best Januari 2016

Post a Comment

0 Comments