Movie Review - The Martian

Movie Review - The Martian

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem sains fiksyen, "The Martian". Siapa sangka orang yang disangka mati dekat planet Marikh sebenarnya hidup. Fuhh~ 140 juta batu dari Bumi ni, kalau saya entahlah nak, mereput kat sana kot ahahahaa. Best tak filem ni? Jom baca review selanjutnya :) :: Jangan Sambung Baca Sebab Ada Spoiler :P ::


Download The Martian 2015

Info Filem
Pengarah: Ridley Scott
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 1 Oktober 2015
Genre: Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 22 Minit
Pelakon: Matt Damon, Jessica Chastain, Michael Pena, Kristen Wiig, Jeff Daniels, Kate Mara

Sinopsis
Filem "The Martian" mengisahkan sewaktu misi manusia ke Marikh, angkasawan Mark Watney dikatakan mati selepas ribut petir dan ditinggalkan oleh ahli-ahli kru yang lain. Namun, Watney masih bertahan dan dia mendapati dirinya terdampar di planet asing seorang diri. Dengan sedikit bekalan yang ada, dan kepintarannya, dia perlu mencari cara untuk memberi isyarat ke Bumi untuk menyatakan dia masih hidup. (Sumber)

Poster The Martian 2015

Review**
Bagaimana nak hidup di planet Marikh? Filem ni memang sesuai untuk korang yang minat sains fiksyen. Sebelum tengok filem ni, memang dah berminat nak tahu pasal planet-planet ni. Unexpectedly tengok filem ni sebab memang takde dalam list nak menonton, lepas fikir beberapa kali dan tengok trailer, saya cuba menonton haha. Nak kata terlalu suka tak jugak, tapi jalan ceritanya menarik. Teruja juga nak tahu bagaimana Encik Mark Watney nak survive seorang diri di Marikh dan makan kentang untuk hidup kat sana. Suka semangat Mark Watney dan dia seorang yang kelakar. Part paling seronok bila Mark dapat berhubung dengan orang dekat bumi. Saya enjoy menonton filem ni, walaupun terlelap sekejap (keletihan barangkali) hehe. Bahagian ending korang kena tengok sebab memang best. :)

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4 / 5 bintang.

The Martian 2015 Download |  The Martian 2015 Subtitle | The Martian 2015 Synopsis | The Martian 2015 Review | Poster The Martian 2015  | The Martian 2015 Torrent | Review Filem The Martian 2015 | The Martion Review Malay

Post a Comment

2 Comments

Bahrain said…
movie ni memang superbbbb. !