#MovieReview - Goosebumps

17:56:00 Rafzan Tomomi 4 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem pengembaraan komedi, "Goosebumps". Filem ini diadaptasi dari siri buku kanak-kanak dengan judul yang sama. Katanya buku tu memang popular, tu yang tetiba rasa teruja nak pergi tengok . Best tak filem ni? Jom baca review selanjutnya :) :: Jangan Sambung Baca Sebab Ada Spoiler :P ::


Download Goosebumps 2015 (sumber : YouTube)

Info Filem
Tajuk : Goosebumps
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Oktober 2015
Genre: Pengembaraan / Komedi
Durasi: 1 Jam 43 Minit
Pelakon: Jack Black, Dylan Minnette, Odeya Rush, Amy Ryan
Pengarah: Rob Letterman
Format: 2D, 3D, 2D D-BOX
(sumber : google)

Sinopsis
Filem "Goosebumps" mengisahkan tentang Zach Cooper yang telah berpindah ke sebuah bandar kecil dan bertemu dengan Hannah, jiran barunya. Bapa kepada Hannah, R.L Stine, merupakan penulis kepada cerita "Goosebumps" dan telah menyimpan semua hantu dalam siri bukunya dan menguncinya. Satu hari, Zach dengan tidak sengaja telah melepaskan kesemua hantu tersebut dan mereka bertiga harus bekerjasama membawa kesemua hantu tersebut kembali ke tempat asal mereka. (Sumber)

Poster Goosebumps 2015 (sumber : google)

Review**
Saya rasa saya suka dengan filem ni. Jalan cerita dia memang menarik saya untuk tengok sampai habis. Dari awal sampai habis penuh adengan yang lawak dan best. Part yang paling menakutkan bila si Slappy tu (patung hidup) tu keluar dari buku tu, of course satu malapetaka akan berlaku. Satu demi satu si Slappy tu keluarkan dari buku buku yang di curi. Si Slappy ni memang sepantas mungkin, dah la jahat haha. Bahagian yang menarik bila semua raksasa keluar dari buku dan menyerang sekolah tu haha. Karakter yang buat saya gelak banyak ialah karakter Champ. Dia sememangnya kelakar dan bendul orangnya. Tak kering gusilah bila menonton. Saya recommend korang untuk pergi menonton :)

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.5 / 5 bintang.

Goosebumps 2015 Download |  Goosebumps  2015 Subtitle | Goosebumps  2015 Synopsis | Goosebumps 2015 Review | Poster Goosebumps 2015  | Goosebumps 2015 Torrent | Goosebumps 2015 Review Malay | Review filem Goosebumps 2015

4 comments:

  1. Tak menyesal tengok 1st day keluar minggu lepas

    ReplyDelete
  2. Kawan aku punya review pasal movie ni biasa je and tak gempak.. haha. Tapi bagi aku movie ni best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu lahh pendapat masing-masing kan. :)

      Delete