#MovieReview - The Visit

10:00:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem komedi seram, "The Visit". Memandangkan ini filem seram, saya rasa teruja pulak nak tengok lepas tengok trailernya. Ada review kata best. Best ke tak ni? Jom baca review selanjutnya :) :: Jangan Sambung Baca Sebab Ada Spoiler :P ::


Download The Visit 2015

Filem ini diarahkan oleh M. Night Shyamalan. Ia direleasekan mulai 11 September 2015 (US) & 17 September 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • Olivia DeJonge sebagai Rebecca Jamison
  • Ed Oxenbould sebagai Tyler Jamison
  • Kathryn Hahn sebagai Paula Jamison
  • Deanna Dunagan sebagai Doris Jamison
  • Peter McRobbie sebagai John Jamison
  • Benjamin Kanes sebagai Robert
  • Celia Keenan-Bolger sebagai Stacey
Sinopsis
Filem "The Visit" (P13) mengisahkan tentang kehidupan seorang ibu tunggal menjadi tunggang langgang setelah dua orang anaknya melawat rumah datuk dan nenek mereka selama seminggu.


Review**
Filem seram komedi ni korang patut tengok sebab ia penuh dengan tanda tanya, kejutan dan lawak. Kadang-kadang saya tak berapa minat tengok filem yang dirakam melalui video cam (ala-ala Paranomal Activity), tapi untuk filem ni dimaafkan sebab saya suka jalan ceritanya. Bayangkan tak pernah jumpa atuk dengan nenek, tiba-tiba korang dihantar rumah atuk dan nenek tu, tak ke rasa awkward haha. Hilang seram bila watak budak lelaki tu (Tyler) yang ternyata memang sangat nakal dan selalu buat lawak. Scene paling buat korang rasa nak terjerit masa Rebecca dengan Tyler main kejar-kejar bawah rumah. Lepas tu, scene Rebecca di kurung oleh nenek dia yang tak berapa nak betul tu, memang mendebarkan woi. hehe Saya suka filem ni dan unexpectedly menjadi salah satu filem favourite tahun 2015 :)

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.5 / 5 bintang.

The Visit 2015 Download |  The Visit  2015 Subtitle | The Visit  2015 Synopsis | The Visit 2015 Review | Poster v 2015 | The Visit Torrent

0 comments: