Movie Review - Hotel Transylvania 2

Movie Review - Hotel Transylvania 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem animasi, "Hotel Transylvania 2". Filem ini adalah sambungan dari filem pertamanya "Hotel Transylvania" (2012). Apa yang terjadi selepas Hotel kepunyaan Drakula itu membenarkan manusia menginap dekat situ? Jom baca review selanjutnya :) :: Jangan Sambung Baca Sebab Ada Spoiler :P ::


Download Hotel Transylvania 2015

Info Filem
Pengarah: Genndy Tartakovsky
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 September 2015
Genre: Komedi / Animasi / Kekeluargaan
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pelakon: Adam Sandler, Andy Samberg, Selena Gomez, Kevin James, Fran Drescher, Steve Buscemi
Sinopsis
Filem "Hotel Transylvania 2" mengisahkan tentang segalanya mula berubah menjadi lebih baik di Hotel Transylvania apabila Dracula membenarkan manusia untuk turut tinggal di hotelnya itu. Tetapi satu perkara yang membimbangkan Drac ialah cucunya Dennis yang tidak menunjukkan sebarang kuasa `vampire`. Apabila Mavis dan Johnny melawat ibu bapa Johnny, Drac meminta bantuan rakan-rakannya untuk menjadikan Dennis seorang `vampire` dan bukan hanya manusia biasa. Keadaan menjadi kelam kabut apabila ayah Drac yang garang dan tegas, Vlad, tiba-tiba datang melawat. (Sumber)

Poster Hotel Transylvania 2015

Review**
Bila cerita kartun mestilah teruja nak menontonnya. Lepas tengok saya rasa jalan cerita dia okay, banyak buat korang gelak dan mudah terhibur haha. Filem ni lebih fokus pada Drakula yang nak sangat cucunya jadi vampire. Yang bestnya korang akan gelak sepanjang masa dan cerita ni ada ciri-ciri kekeluargaan, so memang sesuailah bawak satu keluarga datang tengok. Aishh.. Tak tahu lah kenapa suka sangat dengan binatang hijau tu, kelakar betol dan tak tahu dia spesis hantu apa hahaa. Overall, Saya suka filem ini dan saya seronok menonton sebab banyak gelak haha. :)

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.5 / 5 bintang.

Hotel Transylvania 2015 Download |  Hotel Transylvania 2015 Subtitle | Hotel Transylvania 2015 Synopsis | Hotel Transylvania 2015 Review | Poster Hotel Transylvania 2015  | Hotel Transylvania 2015 Torrent | Review Filem Hotel Transylvania 2015 | Hotel Transylvania 2015 Review Malay

Post a Comment

7 Comments

Uncle Zuan said…
tengok yang part 1 haritu biasa je. tak rasa nak tengok yang 2nd ni huhu
anak anak dah minta nak pi tengok nih
emalin mohd said…
Best juga ni bawa anak-anak pergi tengok
Rafzan Tomomi said…
hehe okay. jangan tengok :p
Rafzan Tomomi said…
hehee.. ade masa bawak je kak :)
Bella Djm said…
Okay.. thanks share! kakbell pun tak tahu dah keluar no 2.

p/s: kakbell peminat cartoon hehehehe