5 Sebab kenapa korang kena Install Apps 'LiPP'!

22:00:00 Rafzan Tomomi 6 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Ahad lepas saya baru discover satu penemuan baru, maybe sedang viral di Instagram dan Facebook. Sedang scroll Instagram, tengok orang dok post video omputeh tapi cakap melayu, setelah mencari-cari rupanya ada aplikasi namanya "LiPP".


Apa yang menariknya Aplikasi "LiPP" ni?
Aplikasi 'LiPP' ni membolehkan korang merakam suara sambil mengikut video tanpa suara yang aplikasi tu sediakan. Terdapat banyak video sebenarnya, dan korang pilih yang mana sesuai untuk korang rakamkan nanti. Memang ramai yang buat video-video ni jadi versi yang lawak.


:::My First Video:::

5 Sebab kenapa korang kena Install Apps ni?

01 Just for fun! - Jangan ler serius sangat, korang mungkin mudah terhibur dengan apps ni. Jangan sampai leka dah ye. hehe
02 Banyak Video Lawak! - Memang tujuan apps ni buat dubbing, jadi yang menariknya korang boleh melawak dengan video tu. Mohon tak la hambar sangat ye. hehe
03 It's free - So far benda alah ni memang percuma. Tak perlu bayar hehe.
04 Boleh mengasah bakat sebagai pelakon suara. - Ye betul tu. saya rasa apps ini dapat mengasahkan bakat mereka-mereka yang terpendam sebagai pelakon suara haha. Mana tahu boleh lawan Upin & Ipin atau Boboiboy haha.
05 Buat korang tergelak dengan video orang lain! - Haa.. memang korang akan cari video LiPP orang lain dekat Instagram atau Twitter dengan hash tag #LippApp #LippMalaysia #LippMelayu

Jom ler tengok beberapa video yang dah saya buat. Harap semuanya tabah menonton :p







Maaflah gais kalau hambar. hahahaha Kalau nak tengok lagi korang boleh tengok dekat channel YouTube saya : Rafzan Tomomi Channel atau dekat Instagram @rafzantomomi. Harap korang semua mudah terhibur dengan apps ini. Korang boleh download melalui Play Store (Android) & Apps Store (Apple). :)

LiPP Apps Melayu | LiPP Apps Lawak | LiPP Apps Baru | Aplikasi Baru Menarik | Aplikasi Menarik Untuk Download

6 comments:

  1. hahahaha Serius kelakar. Nak install nanti. haha pepagi dah ketawa :D

    Blogwalking dari Blog Kak Uzu (EmasPutih) :D

    Alja no 28 (www.cahayapermata.my)

    ReplyDelete
  2. thanks 4 info..nanti nak download juga..bleh hilangkan stress

    ReplyDelete