Movie Review - Pixels


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem sains fiksyen, "Pixels". Siapa yang pernah main game macam 'Pac Man', 'Donkey Kong', 'Mario Bros' dan macam-macam lagi pasti teruja dengan filem ni. Bagaimana game boleh wujud dalam kehidupan sebenar. Serius menarik sampai aya pon teruja sangat masa tengok haha. Nak tahu best ke tak? Jom baca review selanjutnya :)


Download Pixels 2015

Tempat : GSC Mid Valley
Hall : 9
Tarikh Tonton : 7 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa : 7.30 Petang

Filem ini diarahkan oleh Chris Columbus. Ia direleasekan mulai 24 Julai 2015 (US) dan 13 Ogos 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • Adam Sandler sebagai Sam Brenner
  • Kevin James sebagai President Will Cooper
  • Josh Gad sebagai Ludlow Lamonsoff
  • Peter Dinklage sebagai Eddie Plant
  • Michelle Monaghan sebagai Lieutenant Colonel Violet van Patten
  • Matt Lintz sebagai Matty
  • Brian Cox sebagai Admiral Porter
Sinopsis Pendek
Filem "Pixels" mengisahkan tentang makhluk asing menyerang Bumi dengan menggunakan 'permainan video' sebagai model untuk serangan mereka. Presiden Will Cooper telah memanggil kawan baik zaman kanak-kanaknya, Sam Brenner (yang juga Juara permainan video 80-an), untuk memimpin sebuah pasukan untuk mengalahkan makhluk asing dan menyelamatkan Bumi.


Review**
"Pac-Man's a bad guy?" yes! Dalam filem ni Pac-Man orang jahat! haha. Memang teruja nak tengok filem ni, bila karakter dari game masuk dalam filem. Grafik dia memang tip top, menarik dan awesome! Cuma agak kecewa sebab jalan cerita kureng sedikit dan ye ada sedikit scene kelakar. Scene yang menarik saya suka bila PAC-MAN menyerang bandar dan diorang kene kalahkan Pac-Man dengan jadi hantu yang ada empat warna dan langgar PAC-MAN tu, suka sekejap hahha. Overall, memang terhibur dengan kewujudan karakter game tu , comel-comel pulak tu. :D What you think? Yay or Nay?

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 3.5 / 5 bintang.


Pixels 2015 Download | Pixels 2015 Subtitle | Pixels 2015 Synopsis | Pixels 2015 Review

Post a Comment

6 Comments

mkhai_official said…
pada saya..ohhsemm..sebab memang minat 8-bits style..hahaha..so bile turns out to be a movie..dia macam OHHSEEMM to me you know..hehee..i give it 9 out of 10..ehehehe..
Rafzan Tomomi said…
memang tak dinafikan ke-awesome-an grafiknya. hehehe okay :D
emalin mohd said…
Laaa.pixel ni movie ke? Anak asyik sebut nak tengok Pixel. Ingatkan apa lah yang diorang cakapkan..rupa-rupanya maknya yang tak tau
Rafzan Tomomi said…
yess. movie. hehehe...
LYSSA FAIZUREEN said…
memanggg best !!! dah tengok dua hari lepassss :D ehehehe
kena pi tengok weekend ni