#MovieReview - The Man From U.N.C.L.E

13:57:00 Rafzan Tomomi 6 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem aksi komedi, "The Man From U.N.C.L.E". Filem ini merupakan adaptasi dari drama bersiri dengan tajuk yang sama sekitar 1960-an. Filem ni memang not in the list nak tengok yer huhu tapi memandangkan ramai yang recommended tengok filem ni, jadi saya dengan gigihnya ke nak jugak tengok lepas tengok Inside Out. Rasa-rasa best ke tak? Jom baca review selanjutnya :)


Download The Man From U.N.C.L.E 2015

Tempat : GSC Mid Valley
Hall : 10
Tarikh Tonton :23 Ogos 2015 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang

Filem ini diarahkan oleh Guy Ritchie. Ia direleasekan mulai 14 Julai 2015 (US) dan 13 Ogos 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • Henry Cavill sebagai Napoleon Solo
  • Armie Hammer sebagai Illya Kuryakin
  • Alicia Vikander sebagai Gabriella "Gaby" Teller
  • Elizabeth Debicki sebagai Victoria Vinciguerra
  • Jared Harris sebagai Saunders
  • Hugh Grant sebagai Waverly
  • Luca Calvani sebagai Alexander Vinciguerra
Sinopsis Pendek
Filem "The Man From U.N.C.L.E" (P13) mengisahkan tentang dua orang ejen U.N.C.L.E. Napoleon Solo dan Illya Kuryakin yang bekerjasama dalam satu misi untuk membanteras sebuah organisasi misteri jenayah antarabangsa. Bagaimanapun, mereka hanya mempunyai petunjuk daripada anak seorang saintis German yang hilang yang juga merupakan individu yang mampu menyelinap masuk ke dalam organisasi tersebut. 


Review**
Sekali lagi, unexpectedly saya menonton filem spy, dan saya suka! Memang kebanyakkan cerita spy ni mesti ada selit-selit lawaknya (kecuali James Bond), begitu juga filem ni. Filem ni menarik sebab dari 2 spy dari geng yang berlainan (sorang Amerika , sorang Russia), tiba-tiba diorang kena jadi satu kumpulan. Sorang macam slumber dan cool lepas tu sorang lagi memang jenis cepat naik angin. Kelakar tengok cara dia tahan kemarahan dia haha. Macam biasa, filem spy haruslah penuh aksi dan adengan kejar mengejar, dah boleh agak pon apa akan jadi. Overall, filem spy yang menarik dan mudah terhibur.

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.5 / 5 bintang.


The Man From U.N.C.L.E 2015 Download | The Man From U.N.C.L.E2015 Subtitle | The Man From U.N.C.L.E2015 Synopsis | The Man From U.N.C.L.E 2015 Review

6 comments: