#JomRaya - Blogger Raya @ Tudia Char Koey Teow | 1 Ogos 2015

00:12:00 Rafzan Tomomi 16 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Kita masih lagi dalam mood raya ya, banyak rumah terbuka sana sini masih berlangsung tu. Haa bercakap pasal rumah terbuka, Sabtu (1 Ogos 2015) yang lepas telah diadakan majlis Rumah Terbuka Blogger  Raya @ Tu Dia Char Koey Teow di Warung Bahagia Putra Height, Subang. Ini merupakan rumah terbuka bersama blogger pertama yang saya join. Blogger-Blogger di jemput khas melalui Direct Message dekat Instagram oleh Halim Nadzri , pemilik Hai Blogger! Thanks Halim :) Jom ler baca kisah saya beraya bersama Blogger . hehe


Majlis bermula pukul 4.00 petang jadi saya kena tiba awal. Saya keluar rumah dalam pukul 1.30 petang dan menunggu bas U65 dengan kesabaran. Perjalanan dari Kl Sentral ke Putra Height ambil masa dalam satu jam jugak. Saya sempat tidur kejap dalam bas dan terjaga pon masih belum sampai. haha Sampai sana dalam pukul 4.00 petang dan hujan pulak turun. Saya melintas dan terus berlari ke tempat yang tak berapa nak tahu haha. Tak lama lepas tu, Halim datang bawak payung dan masa tu hujan dah reda sikit. Terima kasih Halim haha.


Ketika hujan masih turun, kami semua duduk bawah khemah dan dihidangkan dengan Ali's Fried Chicken . Kebetulan memang favourite tu, jadi saya makan dengan banyaknya hahaha. Lepas tu kami dihidangkan dengan Char Koey Teow Ketam. Yang menariknya Char Koey Teow ni of kos ada ketam, udang & kerang serta ada telur mata kerbau. Harganya RM15 sahaja gais. Tak rugi datang jejauh tu, semata-mata makan Char Koey Teow ni, serius korang mesti rasa nak tambah lagi.




Masa-masa makan tu, sempat berborak dan berkenalan dengan ramai blogger yang sangat sporting. Kitorang sempat bergambar jugak. Lepas tu ada persembahan dari Sakura Band, tapi saya terpaksa pulang awal ke rumah dan tumpang Maha Mahu sampai LRT Bukit Jalil. Thanks yer Maha Mahu hantarkan hehe. Terima kasih buat Hai Blogger! of course Halim Nadzeri sebab sudi jemput saya. Terima kasih juga buat Tudia Char Koey Teow sebab menghidangkan makanan-makanan yang lazat. Tak lupa juga buat Live Update untuk kitorang : Reezqi Cinematography dan persembahan dari Sakura Band. Semuanya awesome. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. :)



Untuk korang yang nak singgah sini, korang boleh waze : Petron Putra Height atau Putra Height Shah Alam, yang naik kenderaan awam pulak sila naik bas U65 (dari Pasar Seni atau KL Sentral) berhenti depan Petron Putra Height. Seberang dia je okay (gerai makan). Konfem korang pergi tu tambah-tambah, so sila bawak duit yang banyak. :p


TUDIA CHAR KOEY TEOW
Tel : 014 - 2361 569


p/s : ketam itu seksi gais. haha

16 comments:

  1. Ya Allah terliur tengok!!! Ada ketam pula tu.. Sluurrrppp sedapnyaa.. ruginya tak curi masa pergi join hari tu... T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu... takpe-takpe. next time Ina join okay :)

      Delete
  2. Sedapnyaaa ketam dia. Isi lembuttt :)

    ReplyDelete
  3. sedapkan kuey teow dia..yaya tiga kali makan..hahahaaaa......kuah dia sedap gigiler...!! eh yaya done to follow you totomi.,follow back yaya baru letak kotak follower..hehee...
    www.yayacendana.com

    jap2...belakang tuh sebok jerk!!hahahaa!!!

    ReplyDelete
  4. WOah awesome dish bro . I hope I would have some . Ni ratah pon dah cukup dah . Haha

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaaaa.. Terrrrrliur dibuatnya..

    ReplyDelete
  6. Ni mkn satu ker dua pinggan hehehehe... plng sukar nak mkn ketam tu kan hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha satu je okay. haah betul tu, sangat sukar. tapi ada orang makan licin. eh hahah

      Delete
  7. Tgk ketam dia rasa nak ajak menari zumba jer.. Besaq sungguh! Berbaloi la berhujab ribut datang makan jejauh.. Eh, hai awok! Haha! 1st time singgah sini.. MD x sempat lg nak update entri open house ni.. Huhu..
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa kan... menari balet semua ada. hehe
      terima kasihhh...
      nanti ada masa update k :D

      Delete