#MovieReview "Unfriended"

12:00:00 Rafzan Tomomi 7 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem supernatural seram, "Unfriended". Filem ini menelan belanja 1 Juta dan kutipan terkini selepas seminggu direleasekan ia mengutip lebih dari 30 juta. wow. Jom baca review selanjutnya :)



Download Avengers : Age of Ultron

Tempat : GSC Mid Valley
Hall : 5
Tarikh Tonton : 1 Mei 2015 (Sabtu)
Masa : 6.45 Petang

Filem ini diarahkan oleh Levan Gabriadze . Ia direleasekan mulai 17 April 2015 (US) dan 30 April 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • Shelley Hennig sebagai Blaire Lily
  • Moses Jacob Storm sebagai Mitch Roussel
  • Renee Olstead sebagai Jess Felton
  • Will Peltz sebagai Adam Sewell
  • Jacob Wysocki sebagai Ken Smith
  • Courtney Halverson sebagai Val Rommel
  • Heather Sossaman sebagai Laura Barns
Sinopsis Pendek
Filem "Unfriended" mengisahkan kisah satu malam bersama Blaire dan rakan-rakannya sedang ber-live chat. Malam itu merupakan malam setahun lepas rakan baik Blaire, Laura Barns mati bunuh diri akibat videonya telah disebarkan oleh seseorang. Akaun Laura telah kembali aktif dan menghantar mesej kepada Blaire. Pelbagai rahsia terbongkar pada malam itu dan seorang demi seorang rakan Blaire mati. Persoalannya siapa yang mengaktifkan akaun Laura? Siapa sebenarnya yang menyebarkan rakaman video Laura?

Poster "Unfriended" (sumber : google image)

Review Sendiri**
Siapa sangka hantu boleh balas dendam melalui online? haa.. Bagi saya filem ini kreatif dan tak terlalu banyak jumpscare. Kalau korang tengok filem ni, ia terjadi pada satu malam je dan korang kene mengadap desktop si Blaire ni sampai la habis. hahaha Saya rasa ia sesuatu yang baru dalam filem seram, sebelum ni hantu dekat rumah lama, hantu bungkus ikat tepi (hahah.. gurau) dan banyak lagi. Dengarnya akan ada sequel untuk filem ni, harap kisah yang lain pulak. Overall, seram dia boleh tahanlah. hihi Dinasihatkan bahawa filem ni 18 tahun ke atas ya. :D


**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Seram dan bolehlah!. Dengan ini saya memberi 4.5 / 5 bintang.


7 comments:

  1. mcm mnrik je.. mmg mnat ceta seram2 ni..

    jemput singgah : Sakit Lutut Punca Dan Rawatan

    ReplyDelete
  2. wow, nak tengok jugak!! tapi problem orang Alor Setar ni, movie kat cinema berdekatan lambat gila nak update. sekarang dah 5 hb mei pun, still ada 3 je cerita.. avengers, fast and furious 7 and satu lagi crita kantonis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lahh. maybe dia tayang yang top top sahaja kot.

      Delete
  3. kadang2x macam mengarut pun ada hantu beronline. hahaha

    ReplyDelete