Movie Review - Tomorrowland


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem sains fiskyen dari Disney, "Tomorrowland". Filem ini menelan belanja 190 Juta dan ia sangat menarik untuk ditonton. Jom baca review selanjutnya :)



Download Tomorrowland

Tempat : GSC Nu Sentral
Hall : 11
Tarikh Tonton : 22 Mei 2015 (Jumaat)
Masa : 7.00 Petang

Filem ini diarahkan oleh Brad Bird . Ia direleasekan mulai 22 Mei 2015 (US) dan 21 Mei 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • George Clooney sebagai Frank Walker
  • Hugh Laurie sebagai David Nix
  • Britt Robertson sebagai Casey Newton
  • Raffey Cassidy sebagai Athena
  • Tim McGraw sebagai Eddie Newton
  • Kathryn Hahn sebagai Ursula
  • Keegan-Michael Key sebagai Hugo
  • Pierce Gagnon sebagai Nate Newton
  • dan ramai lagi...
Sinopsis Pendek
Filem "Tomorrowland" mengisahkan seorang gadis yang bernama Casey berjumpa dengan Frank yang dulu pernah ke Tomorrowland. Casey telah menjumpai pin semasa dia mengambil barang dari pejabat polis selepas diikat jamin oleh ayahnya. Bila Casey sentuh pin tu, tiba-tiba dia berada ditempat lain. Casey semakin teruja untuk mengetahui apakah tempat misteri itu. Bagaimanakah Casey akan sampai ke tempat yang misteri itu? Siapa sebenarnya Frank?


Poster "Tomorrowland" (sumber : google image)

Review Sendiri**
Kalau produk Disney memang favourite saya. Tengok trailer part dia sentuh pin tetiba dekat tempat lain tu cukup buat saya rasa teruja nak tengok. haha Jalan cerita dia boleh tahan menarik dan ada antaranya diluar jangkaan. Ada banyak scene yang boleh buat korang gelak jugak. Bukan itu sahaja, ade jugak letop sana sini, so korang jangan tidur. haha  Korang yang suka berimaginasi dan sukakan sains dan teknologi memang sesuai tengok, sebab cgi dia cool okay. Lagi-lagi masa dekat Tomorrowland, memang teruja menontonnya. Overall, filem ni boleh je la, layan sajerr. hihi Tunggu apa lagi? jom tengok ramai-ramai :D


**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Sangat cool dan kelakar sikit. haha Dengan ini saya memberi 4.5 / 5 bintang.


Tomorrowland 2015 Download | Tomorrowland 2015 Subtitle | Tomorrowland 2015 Synopsis

Post a Comment

4 Comments

Uncle Zuan said…
hmm macam best je. weekend bleh layan ni huhu
tak sempat lagi nak pi tengok haha
Rafzan Tomomi said…
hihi okay, tengok jangan tak tengok :D