Mother's Day Miracle Night With Dato Siti Nurhaliza


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Rasa-rasanya hari ibu nanti apa hadiah korang nak bagi kat emak korang? Haaa.. saya nak bagi korang cadangan... Apa kata kalau korang hadiahkan emak korang dengan bawak emak sambut hari ibu bersama artis nombor satu di Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza! 



OMGFest Ventures akan mengadakan Makan Malam Amal bersama Dato Siti Nurhaliza sempena "Mother's Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza". Acara ini akan diadakan pada hari Jumaat, 15 Mei 2015 bertempat di Dewan Kristal TM Convention Centre (TMCC) Menara TM, Bangsar . Acara ini bermula dari pukul 8 malam sehingga 11 malam. Acara ini akan meraikan 20 anak-anak yatim yang istimewa dari Pusat Jagaan Budaya Harapan untuk mengumpul dana bagi mengurangkan beban tanggungan mereka. Bukan itu je, majlis makan malam amal secara eksklusif ini akan memaparkan Dato Siti Nurhaliza bukan sahaja sebagai penghibur tetapi sebagai tukang masak/chef dimana beliau akan memilih seorang "ibu bertuah" untuk naik ke pentas dan rasa masakan beliau yang dimasak di atas pentas. 


Pembeli tiket "tier 1" akan dapat berjumpa Dato Siti Nurhaliza secara eksklusif selepas majlis itu. Berita baik untuk semua warga TM serta anak syarikat, mereka boleh mendapat 10% diskaun ke atas semua jenis tiket yang dibeli. Waahh~ untunglah~ :D Untuk pembelian boleh hubungi di talian +6011-2626 1656 / +6010 279 6275 atau email di booking@omgfest.my. Pembelian secara online juga boleh dibeli di www.omgfest.my (sila hubungi kami dulu untuk mendapatkan kupon diskaun sebelum pembelian). Berikut adalah harga tiketnya : 

Tier 1:  RM 999 seorang
Tier 2:  RM 799 seorang
Tier 3:  RM 599 seorang
Tier 4:  RM 399 seorang
* Harga termasuk GST
* Potongan cukai bagi syarikat / cukai individu
* Semua pemegang tiket akan menerima goodies & layak untuk cabutan bertuah khas

Cepat cepat gais! SEAT DAH TERJUAL LEBIH 50%... Untuk maklumat terkini, korang boleh tengok dekat laman web OMG Fest  : WWW.OMGFEST.MY. atau follow instagram : @omgfest_official & @omgfest2014Wow~ Tunggu apa lagi ;D


Makan Malam Bersama Dato' Siti Nurhaliza | Mothers Day Present | OMGFEST

p/s : Dato' Siti Nurhaliza sangat cantik. hehe :)

Post a Comment

1 Comments

y i e n said…
x mampu *sobs*