• #MovieReview "Into The Woods"


    Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Huarghh.. rasanya dah lama tak post entri review movie ni, bukan tak tengok cuma terlupa nak update. So tanpa membuang masa, nak review filem pertama untuk tahun 2015, "Into The Woods". Walaupun dah lewat tapi nak review jugak. haha Jom baca review selanjutnya :)


    Download Into The Woods



    Tempat : Mid Valley Megamall
    Hall : Hall 13
    Tarikh Tonton : 15 Januari 2015 (Khamis)
    Masa : 7.30 Malam

    Filem ini diarahkan oleh Rob Marshall dan direleasekan mulai 15 Januari 2014 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti Meryl Streep (The Witch), Emily Blunt (Isteri The Baker), James Corden (The Baker), Anna Kendrick (Cinderella), Chris Pine (Cinderella's Prince), Tracey Ullman (Ibu Jack), Christine Baranski (Ibu Tiri Cinderella), Johnny Depp (The Wolf), Lilla Crawford (Little Red Riding Hood), Daniel Huttlestone (Jack) dan ramai lagi.

    Sipnosis Pendek
    Filem muzikal ini mengisahkan tentang apa yang berlaku di dalam hutan (The Woods) yang menampilkan watak-watak kisah dongeng seperti Cinderella, Rapunzel, Jack & The Beanstalk &The Litte Riding Hood. Kisahnya lebih memfokuskan pada karakter Pembuat Roti (The Baker) & isterinya yang hidup susah dan menginginkan cahaya mata. Kehadiran 'Wanita Sihir' (The Witch) telah menceritakan apa yang terjadi pada masa dahulu sehingga disumpah kat keturunan si Pembuat Roti. Untuk membatalkan sumpah tu, Wanita Sihir tu menyuruh Si Pembuat Roti masuk ke hutan dan mendapatkan empat elemen; rambut sekuning jagung, Jubah merah, kasut tumit tinggi berwarna emas & lembu putih. Apa terjadi lepas itu? Jangan lupa tengok yer. :)

    The Witch , The Baker's Wife, The Baker, Cinderella, Prince Charming, Rapunzel, Litte Red Riding Hood & The Wolf 

    Review Sendiri
    Masa keluar trailer awal tahun lepas dah teruja, sebab apa? Sebab ada Anna Kendrick disitu hahahaa Saya memang penggemar filem muzikal Disney, so tak jadi masalah pon kalau diorang menyanyi 24 jam dalam filem ni. hahaha Beberapa scene yang sangat lawak, antara Putera Cindarella & adiknya menyanyi dekat air terjun dengan penuh beria sekali. ahaah Lepas tu ada scene menyanyi mula-mula tu best gak, semua dok "I wish...", "I wish...". Jalan cerita dia menarik sebab gabungkan kisah-kisah dongeng, dan gabungan itu menjadi! Saya suka! hee Cuma scene belakang tu sepatutnya boleh jadi 'Happy Ending' tapi twist jadi cerita sedih. :( Siapa yang suka filem muzikal dan kisah dongeng, wajib tengok cerita ni. 

    Rate
    Dengan ini saya memberi 4.3 / 5 bintang.

    ^__^


  • You might also like

    12 comments:

    1. Wow, fairytale la...ade masa leh g tgk...;-)

      ReplyDelete
    2. CN dah tgk semalam..ok2 jela cerita dia, encik suami byk kali tanya bila cerita ni nak habis ! hehe

      ReplyDelete
    3. tak mau tengok la seba tak minat filem muzikal kekekekkee...

      ReplyDelete
    4. bw here
      Nuffnangers who recently viewed your blog


      ReplyDelete
    5. into the woods!! serious nak tengok tapi belum ada kesempatan.. hmmm, sedih ni... btw, nice review ye bro rafzan! :D

      ReplyDelete
      Replies
      1. hurmmm mohon bersabar. tunggu download je lerr hahahaa

        Delete