FROZEN FEVER + Trailer


Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Jika korang fikir FROZEN sudah tamat, no no no! Ia masih lagi akan membekukan pawagam seluruh dunia! Saya sangat teruja bila diorang umumkan filem pendek "FROZEN FEVER" akan ditayangkan pada Mac 2015. It's cool bila watak kegemaran ramai kembali dengan kuasa aisnya. Bukan Elsa sahaja, malah Anna, Kristoff, Olaf dan Swen juga akan kembali! Yeayyy... 

Logo Rasmi "FROZEN FEVER"

Filem pendek "FROZEN FEVER" yang ditayangkan selama 7 minit ini, mengisahkan Elsa & Kristoff membuat persiapan untuk hari lahir Anna, tapi kuasa Elsa mungkin akan merosakkan majlis tersebut. (Sumber) Apa yang akan terjadi nanti? Serius tak sabar nak tengok. Dengar cerita, ada sebuah lagu khas untuk filem pendek ni, lagu itu berjudul "Making Today a Perfect Day"(Sumber). Adakah ia sama best dengan "Let It Go"? Haraplah. haha Filem pendek ini akan ditayangkan sebelum tayangan filem live-action "Cinderella" yang akan ditayangkan mulai 12 Mac 2015 (Malaysia) Are you ready? hahaha Jom tengok, beberapa teaser gambar FROZEN FEVER, yang dikeluarkan oleh page rasmi FROZEN

Erghh tak habis-habis si Anna ni, mesti serabut hahaa

Our cute olaf :3

Anna's Birthday

Dua beradik dengan gaun baru. cantik :D

(FROZEN FEVER TRAILER)


Semua gambar diatas kepunyaan Disney. :)

إرسال تعليق

22 تعليقات

‏قال budakvanilla
wahhh. menarik nie. boleh bagitau adik2. .hehe :D
‏قال Rafzan Tomomi
yupppp.. mesti diorang excited! :D
‏قال iryantyismail
salam kenal rafzan...tak sabar nak tengok..rindu olaf yang cute tu...

iryantyahamad.blogspot.com
‏قال Pojiegraphy
Habis la. Fenomena seterusnya bakal tiba. haha!
‏قال Rafzan Tomomi
hee salam kenal. tu laaa saya pon tak sabar hehe
‏قال Rafzan Tomomi
heheh tahu takpe hahaha :D
‏قال ezyra taharin
baru je tengok kat HBO semalam..wahh lepas ni ada nombor 2 pulak..hehehe...
‏قال Rafzan Tomomi
no.2 dalam perancangan rasanya. tapi ni filem pendek je hehe :)
‏قال Sheila Adziz
cam best jer jln citernya... hehe
‏قال Rafzan Tomomi
yuppp... kite tak sabar nak tengok :D
‏قال Dunia Zumal
Wah, excited la nak tengok ^-^
‏قال Rafzan Tomomi
hee kene tengokk nanti :D
‏قال Unknown
wah..menarik, tertarik..mesti tengok ni..hehe
‏قال Rafzan Tomomi
yupppp... mesti tengok :D
‏قال M
hoho.. tetap olaf yg comel. tapi 7 minit je ke? alaaaa...
‏قال Rafzan Tomomi
haah sebab dia sebelum movie Cinderella kan , sekejap je haha
‏قال y i e n
yeayyy! x sabar nak tgk :)