2015 Movies!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Tanya membuang masa jom baca entri kali ni pasal filem-filem menarik tahun 2015! Peminat tengok wayang pasti akan teruja dengan kehadiran filem-filem tahun 2015! Saya juga salah seorang peminat tengok wayang, filem-filem terbaru kat wayang (yang ada dalam list nak tengok lerr..) mesti nak tengok. Trailer-trailer sudah mula dikeluarkan ke YouTube channel. Jadi mari saksikan beberapa filem menarik (wajib tonton) 2015!





The Spongebob Movie : Sponge Out of Water

sumber : google.

Filem : The Spongebob Movie : Sponge Out of Water
Dijangka release : 6 Februari 2015
Pengarah : Paul Tibbit
Diedarkan oleh : Paramaount Pictures
Durasi : tidak nyatakan
Bajet : 66 Juta Dollar

Peminat setia Spongebob, jangan lepaskan peluang tengok filem ni. Tengok trailer ni macam kelakar dan sangat best. Tak sabar nak tengok Spongebob, Patrick, Squidword, Mr Crab & Sandy beraksi dilayar perak. giteww. haha Saksikan Trailer;


Cinderella 


Filem : Cinderella
Dijangka release13 Mac 2015
Pengarah : Kenneth Branagh
Diedarkan oleh : Walt Disney Studios Motion Pictures
Durasi : tidak dinyatakan
Bajet : tidak dinyatakan
Pelakon : Lily James, Richard Madden, Cate Blanchett, Helena Bonham Carter, Holliday Grainger, Sophie McShera 

Semestinya ada dalam senarai untuk menonton filem ini. Ramai yang takut ia hanyalah remake semata-semata ke live action tapi pasti akan ada sedikit perubahan dalam filem ni. haaa tak sabarnya nak tengok! Jom tengok trailer :


The Divergent Series : Insurgent


Filem : The Divergent Series : Insurgent
Dijangka release : 20 Mac 2015
Pengarah : Robert Schwentke
Diedarkan oleh : Summit Entertainment, Lionsgate
Durasi : tidak dinyatakan
Bajet : tidak dinyatakan
Pelakon : Shailene Woodley, Theo James, Ansel Elgort, Ray Stevenson, Kate Winslet, Naomi Watts

Ini merupakan filem ke-2 Divergent. Bila tengok trailer dan poster mungkin filem ni berpotensi untuk menarik ramai orang tengok filem ni. Sebelum tengok filem ni, pastikan korang dah tengok filem pertamanya, kang komen kata tak best la, ape la. hahaha Saksikan trailer ;


Home


Filem : Home
Dijangka release : 27 Mac 2015
Pengarah : Tim Johnson
Diedarkan oleh : DreamWorks Animation
Durasi : tidak dinyatakan
Bajet : 132 Juta Dollar
Pelakon : Rihanna, Jim Parsons, Steve Martin, Jenifer Lopez

Cerita tentang Alien yang mencari tempat untuk menyorok Yang menariknya filem ni banyak scene kelakar dalam trailer tu dan watak dalam filem tersebut lakon suara oleh Rihanna.Filem ini sepatutnya direleasekan pada November 2014 tapi ditunda ke Mac 2015. Saksikan trailer :


Avengers 2 : Age of Ultron


Filem : Avengers : Age of Ultron
Dijangka release : 1 Mei 2015
Pengarah : Joss Whedon
Diedarkan oleh : Marvel, Walt Disney Studio Motion Pictures
Durasi : tidak dinyatakan
Bajet : tidak dinyatakan
Pelakon : Tony Stark, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlet Johansson, Jeremy Renner

Filem paling ditunggu-tunggu oleh semua orang. Filem pertama dia dah cecah billion woo~ Semestinya akan ada banyak action. Teruja nak tengok! hee Saksikan trailer :


Pitch Perfect 2


Filem : Pitch Perfect 2
Dijangka release : 15 Mei 2015
Pengarah : Elizabeth Banks
Diedarkan oleh : Universal Pictures
Durasi : tidak dinyatakan
Bajet : tidak dinyatakan
Pelakon : Anna Kendrick, Skylar Astin, Rebel Wilson, Brittany Snow, Ester Dean, 
Alexis Knapp, Hana Mae Lee, Adam DeVine, Anna Cam, Ben Platt

Mase trailer filem ni keluar, saya jerit jerit sebab teruja sangat dengan filem ni. Most long-wait-wanted film! Keterujaan nak tahu lagu apa yang akan dimash upkan, apa lagi yang Fat Amy nak buat kali ni, dan macam-macam lagi. Tak sabar! Tak sabar! Saksikan trailer :


Minions


Filem : Minions
Dijangka release : 10 Julai 2015
Pengarah : Pierre Coffin, Kyle Balda
Diedarkan oleh : Universal Pictures
Durasi : tidak dinyatakan
Bajet : tidak dinyatakan
Pelakon : Pierre Coffin, Sandra Bullock, Jon Hamm

Filem ini nak ceritakan lah macam mana kewujudan minions ni . Sebelum diorang jumpa Gru. Memang sangat menarik kanak-kanak untuk menonton. Comel-comel belaka diorang ni. Tak sabar nak tunggu Julai! hee Saksikan trailer :


Filem-filem lain yang menarik (ada dalam list) :

  • Jurassic World (Jun 2015)
  • Inside Out (Jun 2015)
  • The Fantastic Four (Ogos 2015)
  • Sinister 2 (Ogos 2015)
  • The Maze Runner : Scorch Trials (September 2015)
  • The Hunger Games : Mockingjay - Part 2 (November 2015)
  • The Good Dinasour (November 2015)
  • Kung Fu Panda 3 (Disember 2015)

Tahun 2015 beberapa hari je lagi ni, anda sudah bersedia? Kira-kira ada 28 hari lagi sebelum masuk 23 tahun. wee Okeylah Sampai disini dulu entri kali ini. Jumpa lagi dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^__^ v


Post a Comment

2 Comments

byk movie2 best thn dpan nie!... hihi...
Rafzan Tomomi said…
yuppp wajib tengok! hehe